June 20, 2021

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Bolehkah kirim keris melalui sampul surat? Ini jawapan Pos Malaysia.

KUALA LUMPUR: Semalam, pembantu politik Adun Balakong menerima ugutan melalui sampul surat yang mengandungi sebilah keris kecil daripada individu tidak dikenali, dipercayai ada kaitan dengan kempen membantah tulisan jawi.

68945802_1312035892307451_2206922293114830848_n68914601_1312035858974121_2722094806997139456_n

69018521_385700628810183_879624764103065600_n.jpg

Surat yang dihantar menggunakan sampul surat berstem tersebut menjadi persoalan di media sosial.

Seorang pengguna facebook, Muhammad bertanyakan hal tersebut di laman facebook Pos Malaysia Bhd sama ada dibolehkan mengepos keris menggunakan sampul surat yang disetemkan.

Menurut admin facebook Pos Malaysia Bhd,   perkara itu adalah tidak dibolehkan kerana keris dan senjata berbahaya adalah barangan larangan untuk pengeposan.

“Hi Muhammad, terima kasih di atas pertanyaan anda. Tidak, untuk makluman, keris dan senjata merbahaya adalah barangan larangan untuk pengeposan. Pengeposan item seperti berikut akan ditahan dan dirampas.” – Admin Pos Malaysia Berhad.

tak boleh lar.JPG
Tangkap layar jawapan admin FB Pos Malaysia Bhd.

Admin tersebut kemudian berkongsikan pautan barangan-barangan yang dilarang dipos, di mana barangan tersebut adalah seperti di bawah:

 

-Buletin TTKM-

RSS
Follow by Email
%d bloggers like this: