April 18, 2021

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

DBP tidak setuju KBS guna “Malaysia Sports Challenge”

KENYATAAN MEDIA DBP GESA KBS MARTABATKAN BAHASA MELAYU

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak bersetuju dengan keputusan Kementerian Belia dan Sukan yang diumumkan Oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Steven Sim Chee Keong untuk menukarkan nama Hari Sukan Negara 2019 kepada Malaysia Sports Challenge 2019 (MySC’19).

Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 memperuntukkan bahawa Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan hendaklah digunakan sebagai bahasa rasmi negara.

Bahasa rasmi yang dimaksudkan ialah bahasa yang dgunakan dalam semua maksud rasmi yang meliputi wacana lisan dan tulisan di peringkat Kerajaan Persekutuan, Kerajan-kerajaan Negeri, Badan-badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Penjenamaan semula ini menunjukkan pihak Kementerian Belia dan Sukan tidak selari dengan hasrat kerajaan untuk meluaskan bahasa Melayu termasuklah dalam program rasmi kerajaan. S

ekiranya program dan akitviti diadakan di peringkat antarabangsa, DBP mencadangkan agar nama program dibuat secara dwibahasa, iaitu dengan mendahulukan bahasa kebangsaan dan diikuti dengan terjemahan.

DBP menyarankan semua kementerian dan agensi kerajaan mendaulatkan bahasa kebangsaan sebagai identiti negara Serta wahana komunikasi dan perpaduan dalam semua program peringkat jabatan, kebangsaan dan antarabangsa.

22 Ogos 2019 21 Zulhijah 1440

68754297_2911964662207816_8554714288214769664_n.jpg

RSS
Follow by Email
%d bloggers like this: