“Jangan troll saya, jangan ganggu saya!” – Azhar Harun, Pengerusi SPR

LinkedIn (22 Ogos) : Pengerusi SPR, Azhar Harun atau lebih dikenali sebagai Art Harun merayu kepada semua pihak supaya tidak melakukan troll terhadapnya di akaun LinkedIn beliau kerana  akaun  tersebut merupakan satu-satunya media sosial yang beliau ada ketika ini.

Tambahnya lagi, beliau menggunakan linkedin untuk membuang apa sahaja di mindanya sama ada ia intelektual atau tidak dan merayu kepada semua supaya beliau dapat lakukannya dengan aman.

Beliau juga meminta supaya mereka yang mahu melakukan troll dengan komen menyindir supaya jangan mengganggu beliau kerana mahukan sedikit ruang peribadi dengan aman.

“Saya dengan ikhlas merayu kepada semua supaya saya dapat lakukan ia dengan aman. Jika anda suka dengan tulisan saya, saya sangat berterima kasih.

Jika anda mahu memberikan komen, silakan tetapi tolong berada pada topiknya.

Saya merayu kepada anda semua jangan troll saya dengan komen tentang kecenderungan politik atau dengan inuendo atau sindiran mengenai apa sahaja.

Kepada semua yang ingin berbuat demikian, sila jangan ganggu saya. Izinkan saya mempunyai sedikit ruang peribadi dengan aman.

Adakah yang saya pinta ini terlalu berlebihan?

” – Azhar Harun, Pengerusi SPR.

Berikut merupakan kenyataan asal penuh beliau dalam Bahasa Inggeris:

Dear All,

LinkedIn is the only social media platform that I have nowadays. And here, I just want to dump whatever intellectual or non-intellectual garbage that is infesting my mind. I am sincerely appealing to all of you to let me do so in peace. If you want to like whatever I write, I am thankful. If you wish to comment, please do but please please stay to the topic. I am begging you all not to troll me with comments about your political inclination or with inuendos or sarcasm about whatever. To all who wish to do that, please leave me alone. Allow me to have this little bit of personal space in peace. Is that too much for me to ask?

– Azhar Harun, SPR Chairman.

Kepada sesiapa yang mahu memberikan komen kepada Azhar Harun, bolehlah berbuat demikian di pautan berikut: https://www.linkedin.com/feed/update/urn:li:activity:6569926284896493568/

Art Harun sebelum ini merupakan seorang troller yang handal dan kerap melakukan troll terhadap isu berkenaan politik dan sosial di akaun facebooknya.

Tidak cukup dengan itu,  pada satu ketika dulu, setiap bulan beliau akan mengumumkan “Anugerah Dildo Emas” yang diberikan kepada individu yang beliau rasakan layak.

WhatsApp Image 2019-08-22 at 6.31.41 PM.jpeg
Azhar Harun mengumumkan Anugerah Dildo Emas kepada Ridhuan Tee pada 2014.

Selepas dilantik menjadi pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya, beliau menyahaktifkan akaun facebooknya, tanpa menyatakan sebab mengapa beliau melakukan tindakan itu- Buletin TTKM-

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.