April 19, 2021

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

KENYATAAN KBS BERKENAAN PENGANJURAN MALAYSIA SPORTS CHALLENGE 2019

KENYATAAN BERKENAAN PENGANJURAN
MALAYSIA SPORTS CHALLENGE 2019

Kementerian Belia dan Sukan mengambil maklum reaksi balas mengenai pengumuman
Malaysia Sports Challenge 2019 baru-baru ini. Malaysia Sports Challenge 2019 ialah inisiatif
baharu yang diperkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan bermula pada tahun 2019
bertujuan untuk menambah baik konsep Hari Sukan Negara yang telah dilaksanakan sebelum
ini.

Kementerian Belia dan Sukan percaya agenda membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat adalah agenda yang penting dan berterusan. Maka, penambahbaikan dan perubahan
konsep yang lebih kontemporari dan memenuhi keperluan semasa adalah keutamaan yang
sangat penting bagi menjamin agenda “Sukan untuk Semua” kekal relevan sepanjang zaman.

Malaysia Sports Challenge merupakan salah satu aktiviti di bawah inisiatif Bulan Sukan Negara yang telah mendapat sokongan untuk membudayakan sukan dalam sektor korporat.

Pelbagai siri pertemuan telah dan akan dilaksanakan kepada sektor korporat bertujuan untuk
menambah peluang penajaan, penganjuran aktiviti dan program sukan untuk syarikat korporat
serta mempromosikan gaya hidup sihat dengan lebih inklusif.

Terdapat pelbagai aktiviti yang juga akan dijalankan bersempena Bulan Sukan Negara dalam usaha menambaik baik program sebelum ini. Antara inisiatif dan porgram baru yang menjadi
sebahagian daripada Bulan Sukan Negara adalah:
• Hari Sukan Negara yang akan diadakan pada 12 Oktober 2019
• Ekspo Sukan dan juga Konvensyen khas untuk wanita dalam sukan.

• Aktiviti-aktiviti yang diadakan oleh Kementerian-kementerian lain dan juga
Kerajaan Negeri.

• Kolaborasi bersama pihak swasta dan kerajaan dalam memberi khidmat dan fasiliti
secara percuma ataupun dalam bentuk diskaun.

• Program-program sukan antarabangsa atau kebangsaan akan diberikan kelulusan
dan bantuan khas.

Maka, pihak Kementerian Belia dan Sukan mengambil inisiatif untuk menganjurkan program
Bulan Sukan Negara untuk tempoh satu bulan pada bulan Oktober ini.

Ini bakal menjadi satu penanda aras kepada seluruh kementerian dan agensi kerajaan dalam
penganjuran mana-mana program kepada rakyat.

Kementerian Belia dan Sukan mengucapkan
ribuan terima kasih kepada sektor korporat dan rakyat yang prihatin dengan integriti dan
ketelusan penganjuran program sukan kami.

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

23 Ogos 2019.

RSS
Follow by Email
%d bloggers like this: