Mustahil untuk tahu kecenderungan politik untuk lebih 4000 staf – Syed Saddiq

KUALA LUMPUR, 24 Ogos: Selepas hampir 5 hari berdiam diri, akhirnya Menteri Belia dan Sukan (KBS), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini membuka mulut isu pelantikan 13 anggota Armada sebagai pegawai penyelaras sukan di bawah kementerian berkenaan, dengan berkata pelantikan itu  tidak menjadi masalah selagi ia mengikut proses dan prosedur.

Tambahnya lagi, adalah mustahil bagi beliau untuk mengetahui kecenderungan politik bagi setiap staf kementerian yang berjumlah lebih 4000 orang.

“Saya rasa salah faham yang agak jelas dalam bab ini. Pertama sekali dalam kementerian kita ada lebih 4,000 staf dan untuk saya ketahui  kecenderungan politik setiap staf adalah agak mustahil,” – Syed Saddiq

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri program “Bicara Kemerdekaan Kedua: Cabaran Membina Malaysia Pada Alaf Baru” di sini apabila diminta mengulas pelantikan 13 angggota Pemuda PPBM sebagai pegawai penyelaras sukan di setiap negeri, kecuali Sarawak.

Sebelum ini, timbalan menteri KBS Steven Sim mempertahankan pelantikan itu dengan berkata, ia dibuat berdasarkan prosedur perkhidmatan awam sedia ada.

Walau bagaimanapun, Buletin TTKM mendapati semua 13 pelantikan itu bukan di bawah perkhidmatan awam kerana mereka tidak dilantik melalui Kementerian Belia dan Sukan, sebaliknya surat pelantikan itu dilakukan oleh Majlis Sukan Negara, sebuah badan berkanun, berdasarkan surat yang tular di media sosial.

68264033_2435541299800768_666759016612888576_n
Surat dari Timbalan Ketua Pengarah MSN, kredit FB Pengerusi Majlis Belia Negeri Sembilan.

Malah, salah seorang lantikan, yang juga EXCO Armada Nasional, firdaus Azahar mengesahkan di akaun facebooknya bahawa tiada sebarang iklan jawatan dilakukan bagi jawatan tersebut.

Beliau turut berkata tidak ada masalah sekiranya yang dipilih itu boleh melakukan kerja sambil menambah tugas beliau adalah lebih berat berbanding gred 29 yang diterima.

“Sesiapa pun dipilih berdasarkan kelayakan. Kalau kerja boleh deliver, apa masalahnya. Ikutkan tugas ini lagi berat berbanding gred yang diterima.” -Firdaus Azahar

Walaubagaimanapun, sejak mendedahkan perkara itu di ruangan komen facebooknya, sehingga kini akaun tersebut tidak dapat diakses dipercayai dinyahaktifkan bersama 8 pelantikan yang lain.

Berikut merupakan status akaun facebook terkini 13 pelantikan tersebut:

(active) N. Sembilan – https://www.facebook.com/profile.php?id=100001582525985

(active)Penang – https://www.facebook.com/shameer.sulaiman.5

(active) Kedah – https://www.facebook.com/firdaus.daus.77

(active) Melaka – https://www.facebook.com/chey.rodzi

(deactivate) Pahang – https://www.facebook.com/hafis.mohaz

(deactivate)  Johor – https://www.facebook.com/khisie.kaizer

(deactivate) Kelantan – https://www.facebook.com/wan.hanzalah

(deactivate) Terengganu – https://www.facebook.com/luqman.dalizan

(deactivate) Selangor – https://www.facebook.com/aril.apiz

(deactivate) Perak – https://www.facebook.com/firdausmatazahar

(deactivate) WPKL – https://www.facebook.com/alan.m.raman

(deactivate) Sabah – https://www.facebook.com/omeytopo

(deactivate)  Perlis – https://www.facebook.com/mrsyazwanfahmi

Buletin TTKM difahamkan tindakan menyahaktif ini dilakukan kerana gusar terkantoi  kerana terdapat banyak foto  bersama Syed Saddiq, merangkap ketua Armada di dalam galeri gambar facebook mereka itu.

Sebelum ini, majlis belia negeri perlis dan negeri sembilan telah membidas Syed Saddiq diatas pelantikan ini yang bercanggah dengan kenyataan menteri tersebut yang tidak mahu sebarang lantikan pemimpin politik dan macai politik dalam organisasi belia.  — Buletin TTKM-

Sumbangan/Support Us

Anda suka laporan Buletin TTKM? Sokong portal kami ini untuk terus melaporkan berita telus,tepat, dan berani dengan membuat sumbangan ke akaun:

Bank : CIMB Bank

No akaun : 8603355994

Nama Syarikat :  TTKM ENTERPRISE

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.