Parkir RapidKL, dulu RM4, sekarang RM4.30: Netizen berang, serang FB Rapid KL.

 

Ampang, 1 September: Berkuatkuasa 1 September 2019, setiap perkhidmatan parkir Rapid KL di Gombak dan Ampang akan dikenakan caj SST 6% dan surcaj Touch n Go.

Rapid KL ketika dihubungi Buletin TTKM mengesahkan perkara tersebut.

“Buat masa sekarang, dari info yang kami disahkan, harga bayaran parkir akan jadi RM4.30. Info lanjut berkenaan isu ini, kami akan kongsikan kelak.” – admin FB Rapid KL

Ditanya sama ada perkhidmatan parkir di Gombak dan Ampang dikenakan cukai GST ketika zaman pemerintahan kerajaan terdahulu, Rapid KL menafikan perkara tersebut.

“Sebelum ni tiada cukai GST yang dikenakan untuk parkir di Gombak dan Ampang” -Admin FB Rapid KL.

Walau bagaimanapun, menurut admin FB Rapid KL,  harga parkir di stesen MRT Rapid KL adalah RM4.30 dari waktu awal operasi.

Ini bermakna, harga parkir di Rapid KL Ampang dan Gombak ketika regim GST dulu adalah RM4 dan tidak dikenakan caj GST, manakala harga parkir bermula hari ini di bawah SST adalah RM4.30, iaitu peningkatan sebanyak 30 sen.

Sementara itu, di laman facebook Rapid KL, netizen mengecam tindakan Rapid KL mengenakan caj tersebut pada hantaran mengenai pengumuman caj tersebut.

Hantaran di FB Rapid KL semalam mengenai pengenalan caj SST dan surcaj Touch n Go. Hantaran ini kini didapati tidak dapat diakses dipercayai dipadamkan setelah dikecam netizen di ruang komen. 

Setakat pagi tadi, terdapat ratusan komen di hantaran  itu , tetapi sejak tengah hari tadi, hantaran tersebut tidak lagi dapat diakses dipercayai telah dipadamkan oleh admin terbabit.

Sebelum ini, Tony Pua, penasihat khas menteri kewangan berkata sistem cukai baru SST  menggantikan GST pada 1 September lepas akan menjadikan harga barang lebih murah.

“GST memerah wang rakyat!” – Tony Pua

“Saya percaya, sistem cukai SST yang baru ini, walaupun cukai akan dikenakan, tetapi harga barang akan lebih murah daripada bila sistem GST (dulu)” –  Tony Pua.

-Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version