Wed. Sep 18th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Syed Saddiq tunjuk bakat menyanyi lagu patriotik

2 min read

 

Menteri belia dan sukan, Syed Saddiq menunjukkan bakat terpendam beliau menyanyikan lagu patriotik sempena hari kemerdekaan.

“Saya ingin mendedikasikan lagu patriotik kegemaran saya, my brothers and sisters of Malaysia” -Syed Saddiq.

Walaupun sedikit sumbang dan irama ‘out of tune’, beliau dengan yakin menghabiskan lagu Sejahtera Malaysia tersebut .

Tidak kurang pula  ada juga respon netizen di twitter yang menyindir ketua Armada, sayap pemuda parti Pribumi Bersatu Malaysia itu.

“Enjoy your sing yb. Jangan lah nyanyi pon muka mcm nak berpidato. Seram meh hahaha” – Faridjerr

“Muka takyah serious sangat yb hahaha” – Jafni.

“Kenapa YB zoom in macam cerita Bawang Putih Bawang Merah tu? Tiba2 saya teringat akan Nenek Bertha. Tak sanggup nak menatap wajah lama2. Tatap mataku, katanya.”Naffyc
“hahahahahahahhaha pecah doh, jauh ah sikit camera serious hahahahahahhaha” – xfrhnx
Naz !
“Anda adalah penyamar bersuara sumbang. #ICanSeeYourVoice” – OfficialNazir_l
“Kembang kempis hidung yb hahaha” – Naqi

Tidak kurang juga ada yang memberi respon dengan animasi GIF.

Syed Saddiq mengakhiri lagu tersebut dengan memberikan ucapan meminta rakyat bersatu.

“Selamat menyambut hari kebangsaan kepada seluruh rakyat Malaysia. Pastikan kita pecahkan tembok perkauman dan membina lebih banyak jambatan di antara kita smeua. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Together we will be stronger forever” – Syed Saddiq.

Setakat ini, ciapan tersebut mendapat 13k tanda suka dan 5k ulang kicau. – Buletin TTKM-

Lirik lagu Malaysia Sejahter:

“Puji dan syukur pada Ilahi
Anugerahnya tiada terhingga
Kedamaian kemakmuran
Malaysiaku bahagia

Dengan tekad untuk berjaya
Berbakti pada nusa dan bangsa
Kami junjung cita-cita luhur
Perpaduan seluruh negeri
Seia sekata sehati sejiwa
Menghadapi cabaran
Kami sedia kami setia
Berkorban untuk negara

Bersemarak Malaysia tercinta
Kibarkan panji kebesarannya
Kami rela menjaga namamu
Sejahtera Malaysia”

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: