Menteri belia dan sukan, Syed Saddiq menunjukkan bakat terpendam beliau menyanyikan lagu patriotik sempena hari kemerdekaan.
“Saya ingin mendedikasikan lagu patriotik kegemaran saya, my brothers and sisters of Malaysia” -Syed Saddiq.
Walaupun sedikit sumbang dan irama ‘out of tune’, beliau dengan yakin menghabiskan lagu Sejahtera Malaysia tersebut .
I dedicate my favourite patriotic song to my Malaysian family🇲🇾 #Merdeka pic.twitter.com/VzhIoK4Img
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) August 31, 2019
Tidak kurang pula ada juga respon netizen di twitter yang menyindir ketua Armada, sayap pemuda parti Pribumi Bersatu Malaysia itu.
“Enjoy your sing yb. Jangan lah nyanyi pon muka mcm nak berpidato. Seram meh hahaha” – Faridjerr
“Muka takyah serious sangat yb hahaha” – Jafni.
“Kenapa YB zoom in macam cerita Bawang Putih Bawang Merah tu? Tiba2 saya teringat akan Nenek Bertha. Tak sanggup nak menatap wajah lama2. Tatap mataku, katanya.” – Naffyc“hahahahahahahhaha pecah doh, jauh ah sikit camera serious hahahahahahhaha” – xfrhnxNaz !“Anda adalah penyamar bersuara sumbang. #ICanSeeYourVoice” – OfficialNazir_l“Kembang kempis hidung yb hahaha” – Naqi
Tidak kurang juga ada yang memberi respon dengan animasi GIF.
— PokeGooners (@Salt19Pepe) August 31, 2019
— Lala 𓆩♤𓆪 (@nasigorengcina1) August 31, 2019
https://twitter.com/CrypticOrder2nd/status/1167708996339240960
Syed Saddiq mengakhiri lagu tersebut dengan memberikan ucapan meminta rakyat bersatu.
“Selamat menyambut hari kebangsaan kepada seluruh rakyat Malaysia. Pastikan kita pecahkan tembok perkauman dan membina lebih banyak jambatan di antara kita smeua. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Together we will be stronger forever” – Syed Saddiq.
Setakat ini, ciapan tersebut mendapat 13k tanda suka dan 5k ulang kicau. – Buletin TTKM-
Lirik lagu Malaysia Sejahter:
“Puji dan syukur pada Ilahi
Anugerahnya tiada terhingga
Kedamaian kemakmuran
Malaysiaku bahagiaDengan tekad untuk berjaya
Berbakti pada nusa dan bangsa
Kami junjung cita-cita luhur
Perpaduan seluruh negeri
Seia sekata sehati sejiwa
Menghadapi cabaran
Kami sedia kami setia
Berkorban untuk negaraBersemarak Malaysia tercinta
Kibarkan panji kebesarannya
Kami rela menjaga namamu
Sejahtera Malaysia”