Kenyataan Menteri Pertahanan.

Menerima khabar duka pemergian anggota komando 11 Rejimen Gerak Khas, Mejar Mohd Zahir Armaya yang maut semasa melakukan demonstrasi keupayaan sempena gimik penubuhan Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div), pagi tadi.

Saya merakamkan simpati yang mendalam dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Allahyarham yang juga anak kepada seniman veteran tanah air, A.R Badul menghembuskan nafas terakhir di Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu pada pukul 9.20 pagi tadi.
Saya berharap keluarga kepada Allaharyam tabah menghadapi suasana pilu ini dan kami di Kementerian Pertahanan amat bersimpati atas kesedihan ini.

Saya juga mengharapkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi sehingga laporan bedah siasat selesai bagi menghormati keluarga Allahyarham.
YB MOHAMAD BIN SABU

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA

4 September 2019

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.