Cadangan henti sistem pencen masih dalam kajian -TPM

KUALA LUMPUR 5 Sept- Selepas tular kenyataan ketua pengarah perkhidmatan awam, Datuk Seri Borhan Dollah berhubung kemungkinan tiada lagi skim pencen pada tahun depan untuk lantikan baharu dalam perkhidmatan awam, timbalan Perdana menteri petang tadi berkata cadangan itu masih dalam peringkat kajian.

Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, ia akan dibawa ke peringkat Kabinet untuk persetujuan, lapor Bernama.

“Saya difahamkan ia akan diangkat kepada Kabinet untuk mendapatkan persetujuan atau pun tidak, kita akan bincangkan lebih lanjut lagi.

“Namun ia belum lagi diberi kepada Kabinet, kita akan perincikan kemudian,” – Wan Azizah

Semalam, Bernama melaporkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Borhan Dolah berkata, mulai tahun hadapan lantikan baharu dalam perkhidmatan awam mungkin tidak lagi dibuat di bawah skim tetap dan berpencen sebaliknya digantikan dengan skim lantikan kontrak yang ditambah baik.

Menurutnya, langkah itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Pembaharuan Perkhidmatan Awam pada Oktober 2018 mahukan perkhidmatan awam dikecilkan secara berfasa dan berdasarkan keperluan selain mengurangkan bebanan pencen yang kini mencecah RM28 bilion.

Berita mengenai kenyataan beliau itu menjadi tular di media sosial dan mendapat kecaman netizen. -Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version