Wed. Sep 18th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Kempen boikot : “Ahmad Dusuki pakai kereta Proton & Perodua sahaja ke?” Sindir Setpol Lim Kit Siang

1 min read

Kuala Lumpur 5 sept : Setiausaha politik Lim Kit Siang, Syahredzan Johan mendakwa kempen boikot yang giat dijalankan di media sosial adalah bermotif untuk menghukum non-bumiputera dan bukan bertujuan untuk promosikan produk bumiputera.

“Kalau tengok kempen boikot yang giat dijalankan di media sosial ni, motifnya adalah untuk ‘menghukum’ bukan bumiputera dan bukan sangat untuk promosikan produk bumiputera.” – Syahredzan Johan

Beliau turut menyindir bekas ketua ulama PAS Selangor, Ustaz Ahmad Dusuki yang menyokong kempen tersebut.

Tu yang saya nak tahu – orang macam Ahmad Dusuki ni pakai kereta Proton dan Perodua sahaja ke? – Syahredzan Johan

Syahredzan berkata demikian dalam satu ciapan di akaun twitternya.

Minggu lepas, Ustaz Ahmad Dusuki berkata kempen memboikot adalah tidak bagus kepada ekonomi sekular tetapi bagus di sisi Agama Islam sebagai mengulas kenyataan menteri pembangunan usahawan, Redzuan yang mendakwa kempen memboikot adalah tidak bagus kepada ekonomi negara.

“Tak bagus kepada ekonomi negara sekular, tapi bagus di sisi Agama. Ummah semakin merapat, agama semakin subur, keberkatan semakin bertambah. Pahala di sisi Allah semakin menambah, ayuh ummah!!teruskan mengukuh ekonomi ummat Islam di bumi Malaysia ini, usah peduli terhadap menteri kerajaan sepenggal ini!!..” – Ustaz Ahmad Dusuki.

Semalam, jemaah menteri dalam satu enyataan bersetuju bahawa kempen memboikot barangan keluaran pengusaha bukan Islam adalah sangat tidak wajar.

Sementara itu, Facebook group ‘rahsia’ yang berkempen untuk Utamakan Produk Muslim semakin mendapat sambutan dan kini mencecah 1.2 juta ahli. -Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: