Wed. Sep 18th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Dikecam netizen, Malaysiakini tukar tajuk berita.

2 min read

Petaling Jaya, 6 Sept: Portal berita Malaysiakini menukar tajuk beritanya selepas dikecam netizen kerana didakwa menggunakan tajuk mengelirukan serta memutar belit kenyataan JAKIM berhubung hukum orang Islam sertai majlis berdoa bersama agama lain.

Portal tersebut semalam menaikkan berita bertajuk “JAKIM larang orang Islam sertai majlis berdoa bersama agama lain” berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh JAKIM di laman facebooknya.

Tengah hari tadi, tajuk berita tersebut telah ditukarkan kepada “Tak harus orang Islam sertai majlis berdoa bersama agama lain – Jakim”

Malah pada perenggan kelima artikel Malaysiakini itu, mereka melaporkan “Kata Jakim walaupun orang Islam tidak dibenarkan menyertai acara seumpama itu, larangan berkenaan tidak dikenakan kepada penganut agama lain.” 

Hasil semakan Buletin TTKM mendapati tiada perkataan tidak dibenarkan atau larangan dalam kenyataan JAKIM itu sebaliknya perkataan yang digunakan adalah tidak mengharuskan orang Islam” . Malah, kenyataan tersebut merupakan PANDANGAN JAKIM merujuk kepada keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia 2006, manakala perkataan yang digunakan JAKIM adalah ‘tidak mengharuskan”.

doa.JPG
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia 2006, mukasurat 21.

Pada perkembangan yang sama, netizen telah memulakan kempen meminta mengadukan perkara ini kepada SKMM di bawah “kandungan mengelirukan”.

skmm.jpg

Ini bukan pertama kali portal Malaysiakini menukarkan tajuk berita selepas dikecam netizen. Kali terakhir portal tersebut melakukan perkata itu adalah berkenaan laporan khas mereka mengenai insiden 13 Mei.

Berikut merupakan laporan asal Malaysiakini yang telah ditukar pada format PDF:  Jakim larang orang Islam sertai majlis berdoa bersama agama lain

Manakala laporan terkini yang telah ditukar tajuk di sini: https://www.malaysiakini.com/news/490813

-Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: