Malaysiakini atau Malaysiabelit?

Oleh : Khairul Azri.

Lihat sendiri bagaimana  Malaysiakini cuba menanam persepsi dengan memutarbelit berita dan tajuk di dalam pelaporan mereka yang bertajuk, “JAKIM larang orang Islam sertai berdoa bersama agama lain”. [1]

69843028_10220475194498765_124982264118378496_n.jpg

Untuk makluman JAKIM telah membuat sebuah kenyataan media selepas dirujuk oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional berhubung penglibatan penganut agama Islam dalam upacara berdoa secara beramai-ramai.

Dan di dalam kenyataan media tersebut JAKIM sekali lagi menyatakan bahawa pendirian JAKIM adalah sama seperti keputusan muzakarah jawatankuasa fatwa pada tahun 2006 yang memutuskan bahawa “tidak
mengharuskan” orang Islam melibatkan diri dengan majlis doa beramai-ramai dengan agama lain. [2]

69574000_10220475194818773_6340379714770698240_n.jpg

Dan kalau kita semak dokumen komplikasi fatwa yang mengandungi fatwa 2006 tersebut, ianya berbunyi,

“Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-74 yang bersidang pada 25-27 Julai 2006 telah membincangkan Hukum Meminta Orang Bukan Islam Sama-Sama Berdoa Mengikut Anutan Masing-Masing Dalam Satu Majlis Yang Dihadiri Oleh Penganut Pelbagai Agama.

Muzakarah telah memutuskan bahawa orang Islam tidak harus meminta atau mengarahkan orang bukan Islam berdoa mengikut agama mereka masing-masing. Walau bagaimanapun, jika mereka berdoa atau memohon sesuatu mengikut ajaran mereka dengan kehendak mereka sendiri tanpa diarahkan, perbuatan tersebut tidak dilarang” . [3]

69585857_10220475195698795_1686159759037693952_o.jpg
.

Bandingkan pula dengan laporan Malaysiakini. Mereka melaporkan

“Jakim larang orang Islam sertai majlis berdoa bersama agama lain”.

“Orang Islam tidak dibenarkan menyertai acara seumpama itu”

Kita nak tanya di bahagian mana dari kenyataan JAKIM atau majlis fatwa yang mengatakan,

“Jakim melarang umat islam sertai majlis berdoa bersama agama lain”

dan

“Orang Islam tidak dibenarkan menyertai acara seumpama itu,”

Yang ada adalah “tidak mengharuskan”.

Adakah Malaysiakini terkhilaf maksud perkataan ‘tidak mengharuskan” ini dengan perkataan dilarang dan tidak dibenarkan?

Ataupun sengaja nak menjadi MALAYSIABELIT dengan niat menimbulkan konotasi negatif terhadap JAKIM secara khasnya dan Islam secara umumnya?

Harap Dr Mujahid Yusof Rawa boleh panggil Malaysiakini ke office beliau dan bagi tarbiah sikit.

Sekian.

P/s: Lapor pada SKMM, under misleading :
https://aduan.skmm.gov.my/Complaint/AddComplaint?NOSP=1

Saya sudah. Anda bila lagi.

Rujukan:

[1] Jakim larang orang Islam sertai majlis berdoa bersama agama lain
https://www.malaysiakini.com/news/490813

[2] Kenyataan media Jakim https://www.facebook.com/…/a.1702098163629…/2617316578318895

[3] Kompilasi Pandangan Hukum Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan http://www.islam.gov.my/…/…/KOMPILASI_MUZAKARAH_MKI_2016.pdf


Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Buletin TTKM. Semakan kami mendapati Malaysiakini telah menukar tajuk berita dari “JAKIM larang orang Islam sertai berdoa bersama agama lain” kepada “Tak harus orang Islam sertai majlis berdoa bersama agama lain – Jakim” setelah mendapat kecaman dari netizen.  – Editor.

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.