PH MUFLIS IDEA, KAYA PRASANGKA

PH MUFLIS IDEA, KAYA PRASANGKA

Oleh : Lela Rentaka

Polisi dan beberapa pelan kerajaan Pakatan Harapan yang tidak pro rakyat mutakhir ini telah membuat suasana gelisah di kalangan rakyat terutamanya orang orang Melayu.

Apabila manifesto yang dianjurkan langsung gagal dilaksanakan ditambah pula dengan idea-idea ‘bodoh’ dan mengundang seribu kebingungan seperti had umur persaraan dinaikkan kepada 65, skim pencen dikaji untuk kemungkinan akan dihapuskan sementara gaji minimum masih belum dapat diperjuangkan, ini petanda tidak baik untuk kaum pekerja khususnya kakitangan awam.

Apabila menyebut tentang kakitangan awam tak dapat tidak ia melibatkan ramai bumiputera. Maka jangan hairanlah sentimen dan prasangka perkauman timbul ekoran dari tindakan ini.

Satu demi satu gossip politik menyebabkan keresahan. Dari kedegilan Timbalan Menteri Pendidikan yang gemar menulis menggunakan bahasa cina, menteri kewangan yang menyalurkan duit untuk sekolah cina, tekanan Dong Zong yang jelas rasis (menurut Perdana Menteri sendiri) menolak pembelajaran seni khat, satu demi satu mengoyak topeng muka yang selama ini menyembunyikan muka penuh rasis mereka.

Selama ini menuding pihak lain rasis tetapi keras kepala dalam isu khat memang jelas ketara chauvinisme DAP dan kedunguan PKR, PAN dan PPBM.

Kira satu persatu. Tekanan tauke balak di Perak yang langsung tidak menyebelahi orang asal. Sebelum itu DAP Perak tetap mahukan kerajaan negeri memberikan status hak milik 999 tahun atau hak milik kekal kepada kampung-kampung baru di sana. Apa maksudnya? Jangan lupa kegopohan seorang senator DAP meminta status agama di dalam kad pengenalan dibuang. Apa kena mereka ini semua?

Dalam kes Doktor Zakir Naik lagilah hebat mereka laksana tuan rumah yang menghalau anjing kurap mengotorkan halaman. Sekali lagi PKR, PAN dan PPBM diam bagai anjing terkulum zakar babi.

Semua ini menimbulkan prasangka. Apakah jika seorang profesor di menara gading, seorang ustaz di pondok, seorang mat kilang dan seorang mak cik di tanah rancangan berasa kerajaan PH tidak pro Melayu serta mahu meminggirkan bumiputera maka otak mereka tak jauh bezanya? Mengapa orang orang Melayu berlainan ‘kategori’ ini boleh berfikiran dan berperasaan sama? Salahkah fikiran mereka atau lebih tepat lagi apakah mereka sentiasa salah? Mereka sahajakah yang rasis?

Jelas kerajaan PH adalah kerajaan yang gagal membawa apa apa perkara untuk membangunkan mentaliti dan materi rakyat. Tiada idea, bangkrap polisi, banyak berpolitik dan suka mengadu domba untuk menutup kelemahan pentadbiran. Pemimpin pemimpin yang keras kepala, bercelaru malah sibuk berebut kuasa kerjanya hanya mengheret rakyat entah ke mana mana.

Melekakan rakyat dengan perangai kebudak budakan menuding ke arah pembangkang yang kononnya membuat kacau. Kelakuan ini mengingatkan kita kepada Bush yang jika sokongannya dirasakan menurun maka tiba tiba video Osama Bin Laden pun keluar mengugut untuk menyerang. Serta merta sokongan rakyat kembali naik kerana takut. Perhatian berjaya dialihkan.

Jika kegelisahan rakyat berterusan, prasangka perkauman marak, ekonomi lembab dan tidak berubah maka wajib bagi kita rakyat Malaysia yang cintakan keharmonian dan kestabilan untuk menghumban PH. Humban!


Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Buletin TTKm- Editor

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.