Wed. Sep 18th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Penutupan Buletin TTKM

2 min read

OIeh : Editorial Buletin TTKM

Kepada pembaca budiman,

Sudah lebih setahun portal Buletin TTKM menyediakan berita berfakta bercorak santai, berani dan kritis bagi mengisi ruang vakum media yang semakin lama semakin menjadi media penjilat dan pembodek.

Setakat hari ini, laman Buletin TTKM telah mendapat 8.4 juta hits dengan 3 juta pengguna, suatu pencapaian yang boleh dibanggakan.

buletin ttkm.JPG
Laporan Google Analytic untuk portal Buletin TTKM

Pencapaian ini tidak mungkin kami capai tanpa sokongan dari pembaca yang setia.

Pengaruh Buletin TTKM juga, tidak dapat dinafikan memberi satu tamparan kepada media berita lain bukan sahaja kerana kami melaporkan pada sudut yang berbeza tetapi tidak kurang juga kerana kami menyediakan platform untuk netizen melemparkan pandangan di mana media arus perdana tidak mahu atau tidak berani siarkan.

Pada beberapa isu, Buletin TTKM turut menjadi trend setter meninggalkan media gergasi lain di belakang, terutamanya mengenai isu pencemaran kimia di Pasir Gudang.

Untuk kos operasi selama ini, kami hanya bergantung kepada google ads, beberapa iklan dan sedikit sumbangan dari netizen ( terima kasih atas sokongan), dan dari poket kami sendiri.

Walaupun kami menubuhkan portal ini dengan passion dan semangat yang tinggi, kami tidak lagi mampu untuk menampung kos pengoperasian Buletin TTKM setelah setahun.

Dengan dana yang semakin mengering kami mengumumkan untuk menutup sementara Buletin TTKM sehingga keadaan stabil.

Sekiranya anda mahu membantu, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan, yang boleh dilakukan kepada akaun berikut :

No akaun : 8603355994

Bank : CIMB

Nama Syarikat : TTKM ENTERPRISE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: