Netizen troll logo Bulan Sukan Negara mirip hidung khinzir.

 

Facebook, 18 September: Tular di media sosial sejak pagi tadi mengenai logo yang dikatakan logo Bulan Sukan Negara  mirip hidung khinzir.

Ketua UMNO Sungai Burung, Jamal Yunos turut mentroll logo tersebut dengan menambah dua biji mata.

“Cuba teka? Bentuk binatang dan muncung apa untuk logo tema bulan sukan negara. Menteri KBS tak perasan kot. Atau timbalan menteri KBS tidak rujuk kepada menteri” – Jamal Yunos.

 

 

 

Hasil semakan Buletin TTKM di laman bulan sukan negara dan FB page Team Saddiq mendapati logo asalnya adalah melintang dan ia mewakili tiga huruf iaitu BSN yang bermaksud Bulan Sukan Negara.

Tindakan netizen memutarkan logo tersebut kepada 90 darjah melawan arah jam telah menyebabkan huruf B tersebut seolah-olah hidung khinzir apatah lagi warnanya pula adalah merah. -Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: