Tindakan undang-undang jika guna logo Bulan Sukan Negara & KBS tanpa kelulusan- KBS

PENGGUNAAN LOGO KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN DAN LOGO BULAN SUKAN NEGARA 2019

Berhubung dengan pemakluman seperti di atas, Kementerian Belia dan Sukan ingin memaklumkan bahawa logo Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan logo Bulan Sukan Negara 2019 (BSN 2019) adalah logo rasmi yang berdaftar.

Untuk itu, sebarang penggunaan kedua-dua logo ini hendaklah dimohon terlebih dahulu melalui Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Belia dan Sukan.

Adalah ditegaskan bahawa sebarang penggunaan kedua-dua logo ini tanpa kelulusan KBS boleh menyebabkan tindakan undang — undang diambil dalam bentuk sivil melalui peruntukan pelanggaran (infringement) di bawah Akta Cap Dagangan 1976 untuk tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan 1972.

Borang permohonan penggunaan kedua-dua logo ini boleh dimuat turun dari portal rasmi Kementerian untuk dilengkapkan.

Setiap permohonan yang lengkap bolehlah dihantar melalui serahan tangan atau emel ke Unit Komunikasi Korporat di permohonanlogo@kbs.gov.my atau boleh hubungi di talian 03-8871 3504.

Sebarang permohonan yang tidak lengkap, tidak akan dilayan.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN 19 SEPTEMBER 2019

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.