Aplikasi MyWC dapat 1.5 bintang, ‘review’ ditroll pengguna

Kuala Lumpur, 20 Sept: Aplikasi mudah alih mencari tandas awam tidak mendapat reaksi yang memberansangkan dari pengguna.

Hasil semakan Buletin TTKM di Google Play mendapati aplikasi tersebut mendapat rating satu setengah bintang sahaja manakala sebanyak 57 ulasan yang rata-ratanya sindiran diberikan pengguna.

Aplikasi seberat 50 mb itu turut memerlukan pengguna melakukan pendaftaran terlebih dahulu sebelum ia dapat digunakan.

Berikut merupakan beberapa komen terpilih:

“Cari tandas pun mau register kah?? Uninstalled…” – DZ Alfian.

“Why can not register Via Facebook Account?” – Alex Tang.

“Apps sampai 52mb just untuk info? asset sumbat dalam app ke? tak guna API? erm..xpela 5 star la support dev..” Afiq Ikmal.

“Stupid app. Very bad location service. App size too big for toilet purpose. The search function is unusable because the app will only show ‘nearest’ toilet to your location which in reality could be more than 7km further than the distance stated. Eg I was in Ara Damansara, the apps listed a toilet in stadium melawati Shah alam as 3.8km away.” – Mohd Kamal.

“1. Kau nak berak jer pun, pehal sampai nak kene register akaun.

2. Email tak valid pun boleh register.

3. Password nak kene 6 character atau lebih? lantak akular nak letak password 123 pun.apps nak berak jer pun.

4. Untuk function filter, kenapa ada pilihan terjauh?benda dah kat hujung mesti lar kau cari yang terdekat kenapa nak cari yang jauh.

5. Apps dari kerajaan aku jangkakan ada lar fungsi untuk buat aduan kepada badan2 kerajaan tapi takde, hanya fungsi komen tandas untuk sosial.” – Farouq.

Aplikasi ini dapat mengubah cara hidup saya! Sebelum saya menggunakan aplikasi ini, saya selalu berak di longkang, parit, sungai malahan di belakang rumah jiran TETAPI selepas saya dapat menggunakan aplikasi ini saya rasa amat gembira kerana saya dapat berak di tandas-tandas yang dilengkapi paip air yang menggunakan bekalan air kencing. Saya amat berterima kasih kepada kerajaan Pakatan Harapan kerana menggubah cara saya berak. Saya memberitahu hal ini kepada jiran.” – Arep

“Sebelum wujudnya aplikasi ini, saya selalu berak di tepi jalan dan dicelah semak, kadang-kadang di tepi pantai. Tapi dengan adanya aplikasi ini, saya kini tidak lagi berak di jalanan dan semak samun. Terima kasih kerajaan Pakatan Harapan kerana membantu saya untuk berak.” – Kamal Redzuan.

“Selepas sy install App ni.. Sy dapat mengatasi masalah sembelit dan juga masalah batu karang.. Sy kerap memilih untuk pergi ke tandas yang terjauh kerana ianya dapat meningkatkan kadar metabolisme sy ketika melepaskan hajat.. Sy amat berterima kasih kepada kerajaan kerana cakna akan masalah rakyat..”– Ameerul

Aplikasi ini dilancarkan kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) minggu lepas bagi membantu orang ramai mencari tandas awam berpandukan fungsi sistem penentu kedudukan global (GPS) dan berdasarkan jarak dari pengguna pada minggu lepas.

Ia dibangunkan oleh  Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) yang turut membantu pengguna mendapatkan maklumat tandas berdasarkan penarafan bintang, tandas berbayar dan tidak berbayar, keperluan orang kurang upaya (OKU) dan bilik tukar lampin bayi yang disediakan di medan selera serta pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, sebanyak 2,625 tandas seluruh negara dimuat naik ke aplikasi itu yang diperoleh daripada pangkalan data asas Daftar Tandas Awam Seluruh Malaysia (DATAM).

MENTERI Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin (tengah) bergambar bersama orang ramai pada Majlis Sambutan Hari Inovasi dan Pelancaran Aplikasi MyWC di kementeriannya di Putrajaya, Dihadapan beliau adalah maskot aplikasi tersebut yang mewakili tangki penjirus. Foto Berita Harian. 

Katanya, ia merangkumi pusat beli-belah, perhentian awam, sekolah, restoran, stesen minyak dan kawasan pelancongan,.

“Statistik tahun lalu menunjukkan 98 peratus tandas awam secara keseluruhannya mencapai penarafan tiga bintang dan ke atas, iaitu peningkatan 30 peratus berbanding tahun sebelum ini.

“Semua PBT disaran melaksanakan penarafan bintang tandas awam di kawasan masing masing bagi memastikan sentiasa bersih dan selamat digunakan, sejajar teguran Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang menyifatkan tandas awam di negara ini sebagai ‘memalukan’,”  –Zuraida Kamaruddin

-Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version