Jalan mendap depan KKR membahayakan pengguna jalanraya

dav

Oleh : Briged Aduan Rakyat TTKM

Kuala Lumpur 20 Sept: Jalan mendap di hadapan bangunan pejabat Kementerian Kerja Raya di sini membahayakan pengguna jalanraya terutamanya motorsikal.

Tinjauan Briged Aduan Rakyat TTKM mendapati jalan mendap itu adalah sepanjang lebih kurang 8 meter dan bahagian paling dalam adalah lebih kurang 60mm dekat Jalan Sultan Salahuddin.

Mendapan sepanjang 8 meter.

Bahagian mendap itu yang berada di atas garisan putus-putus jalanraya juga boleh menyebabkan kemungkinan kemalangan berlaku apabila kenderaan hilang keseimbangan kerana hanya dilalui tayar sebelah kiri .

Bahagian mendap paling dalam.
Gambar panorama menunjukkan mendapan yang panjang.
Mendapan jalan betul-betul di hadapan pagar masuk Kementerian Kerja Raya.

Kami difahamkan mendapan ini sudah berlaku sejak berbulan lamanya dan tindakan dari pihak berwajib wajar segera diambil sebelum perkara tidak diingini berlaku. -Buletin TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.