Tue. Oct 15th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

(video) “Tindakan roboh rumah Paya Jaras tanpa penempatan sementara sangat kejam dan zalim”- Najib Razak

3 min read

Paya Jaras, 20 September : Bekas perdana menteri, Dato Seri Najib Razak menyifatkan operasi merobohkan rumah di Paya Jaras tanpa memberikan penempatan sementara  adalah satu tindakan sangat kejam, zalim,  tiada ehsan dan hati perut.

“Saya dapati tindakan pihak berkuasa sebagai satu tindakan yang sangat kejam, tiada ehsan dan hati perut sama sekali. Ini adalah kerana rumah-rumah di sini kalau dirobohkan, ada beberapa pertimbangan yang harus dibuat. Pertamanya dalam zaman barisan nasional, kalau nak ambil tindakan merobohkan, pasti kita akan sediakan penempatan sementara. Apa yang saya lihat hari ini, mereka yang terlibat, lebih kurang 257 orang, berada dalam keadaan begitu melarat sekali. Bertempiaran dan terpaksa bermalam di bawah khemas, menggunakan tikar, berselerak dan ini merupakan satu tekanan yang amat dahsyat, bukan sahaja kepada soal fizikal tapi emosi.” – Najib Razak.

Beliau berkata demikian hari ini selepas meninjau keadaan penduduk di Paya Jaras yang terpaksa berlindung di bawah khemah beralaskan tikar selepas rumah mereka yang didirikan di atas tanah kerajaan negeri dirobohkan semalam.

Bekas presiden UMNO itu turut mendakwa terdapat di kalangan penduduk itu bayi berumur empat bulan dan seorang wanita yang menghidap kanser tahap tiga.

bayi1.jpg
Bayi berumur 4 bulan bersama ibunya, Gambar tangkap layar dari video FB Najib Razak. 

 

“Cuba bayangkan dalam kumpulan ini ada seorang bayi berumur empat bulan sahaja, terpaksa tinggal di bawah khemah dan ada seorang wanita yang kena penyakit kanser peringkat tiga, terlibat juga dalam kumpulan ini. Selain daripada itu, di bawah kumpulan ini, ada juga rumah-rumah yang mempunyai geran, dan tiada geran. Sepatutnya ada atau tak ada geran pun, kalau nak robohkan mesti sediakan penempatan sementara. Apatah lagi Yang ada geran sepatutnya tidak boleh diroboh. Jika nak dirobohkan mesti mempunyai asas yang kukuh. Saya difahamkan mereka selama ini membayar cukai taksiran, cukai pintu dibayar, cukai tanah pun dibayar, jadi apa alasan pihak berkuasa untuk merobohkan rumah mereka itu. Saya tak faham dan saya nak nyatakan kalau kerajaan BN perkara sebegini tidak akan berlaku.” – Najib Razak.

Beliau turut mendesak supaya masalah penduduk ini diselesaikan secepat mungkin.

“Oleh itu bagi pihak penduduk di sini, saya mendesak pihak berkuasa mesti selesaikan permasalah mereka yang sangat rumit ini, yang menusuk kalbu mereka ini dengan tindakan segera yakni menyediakan penempatan sementara secepat mungkin. Ini adalah bukan soal politik, ini soal kemanusiaan. Ini soal hak mereka sebagai warga negara malaysia.” – Najib Razak.

Mengenai dakwaan bahawa pendatang tanpa izin merupakan penduduk yang menetap di kawasan terbabit, Najib berkata perkara itu adalah tidak betul dan mengarut.

“Dan ada juga saya difahamkan, isu terbaru kononnya mereka ini bukan warga negara malaysia, mereka pendatang tanpa izin. Ini semua tidak betul sama sekali. Ini cerita mengarut, yang cuba nak mengelirukan orang ramai sahaja. Jadi mereka telah mengesahkan pada saya , bahawa semua yang terlibat adalah warga negara malaysia. Kad pengenalan pun saya dah lihat, nombor-nombor pun ada.” – Najib Razak.

Najib juga mendakwa  rumah penduduk yang anak mereka menduduki peperiksaan tahun ini, turut dirobohkan, bertentangan dengan persefahaman lisan yang diberikan oleh pihak berkuasa.

Lepas itu, ada juga persefahaman lisan dengan pihak berkuasa, kalau ada anak yang sedang menduduki peperiksaan, rumah mereka tidak akan diroboh. Tapi saya telah difahamkan, semua telah dirobohkan. Jadi ini yang saya sangat kesal, dan apa yang saya kuathir, ada lagi baki rumah, 57 buah rumah lagi, yang ibaratnya macam telur di hujung tanduk, tidak tahu bila mana mereka (pihak berkuasa)  akan bertindak. – Najib Razak. 

Selain itu, beliau turut menyifatkan tindakan pihak berkuasa hadir awal pagi dan hanya memberikan masa 3 jam untuk penduduk mengeluarkan barang, sesuatu tindakan keterlaluan amat sangat, sangat kejam dan tidak boleh diterima.

Saya difahamkan waktu 18 hari bulan baru baru ini, mereka sampai sini pukul 4 pagi dan pukul 7 pagi mula tindakan untuk merobohkan rumah2 mereka. cuba bayangkan kalau kita dalam keadaan itu orang datang nak roboh rumah kita pukul 4 pagi dan kita hanya ada 3 jam mengeluarkan barang sahaja. Sudah tentu inilah tindakan keterlaluan yang amat sangat, yang sangat kejam, tak boleh diterima oleh rakyat Malaysia sebagai sebuah negara yang bertamadun, ini adalah satu tindakan paling kejam yang harus ditolak oleh rakyat – Najib Razak. 

 

Semalam, Sinar Harian melaporkan o perasi merobohkan rumah berhampiran Sungai Kedondong, Paya Jaras yang dibina di atas tanah rizab milik kerajaan Selangor dilaksanakan mengikut prosedur ditetapkan dengan penyerahan notis awal kepada penduduk terlibat.

Memetik ADUN Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman sebagai berkata, pelaksanaan perobohan itu sebenarnya telah dirancang sejak tahun 2008 lagi dan penduduk terlibat telah menerima notis pertama sejak tahun 2015. – Buletin TTKM-

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: