Ahli Parlimen Tanjung Piai meninggal dunia

JOHOR BAHRU 21 Sept: Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Wira Dr Md Farid Md Rafik, yang juga Ahli Parlimen Tanjung Piai meninggal dunia di Hospital Pontian kira-kira jam 6 pagi tadi dipercayai akibat serangan jantung.

Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal, mengesahkan perkara demikian, lapor Berita Harian.

“Mengenai berita Ahli Parlimen Tanjung Piai, saya sudah dimaklumkan pagi tadi dan akan melawat jenazah dari Muar terus ke Pontian pada jam 9 pagi nanti,” – Datuk Dr Sahruddin Jamal,

Jenazah Allahyarham dijangka akan dibawa pulang ke rumah ibunya di Serkat, Pontian untuk dikebumikan.

Md Farid yang juga Naib Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Tanjung Piai, memenangi kerusi Parlimen Tanjung Piai pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tahun lalu selepas menewaskan penyandangnya, Datuk Seri Wee Jeck Seng dengan memperolehi majoriti tipis sebanyak 524‬ undi.

tanjung.JPG
Keputusan PRU 14 bagi parlimen Tanjung Piai, Grafik Undi.info

Beliau juga merupkan adalah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri portfolio Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial, di mana menterinya adalah Waythamoorthy – Buletin TTKM-

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.