MB lawat AS, minta bantuan kawalan keselamatan sempadan Perak.

Perak Mb Faizal Azumu (2nd right) having the press conference after the chairing of the first state exco meeting in Perak.

Washington: Menteri Besar Perak melakukan lawatan kerja selama seminggu ke Amerika Syarikat mengenai kawalan keselamatan sempadan Perak di Pengkalan Hulu, di daerah Hulu Perak.

Selain itu juga, lawatan kerja bertujuan mengadakan pertemuan dengan Biro Sumber Tenaga AS dalam usaha untuk menggalakkan pelombongan lestari sumber mineral serta perkongsian amalan dan teknologi pelombongan lestari.

Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu berkata input itu diperlukan bagi meningkatkan keupayaan negeri menangani jenayah merentasi sempadan, terutama di Pengkalan Hulu di daerah Hulu Perak, yang bersempadan dengan Thailand dan Kedah.

“Inilah antara sebab yang perlu kita adakan perbincangan dengan rakan-rakan di Amerika ini untuk membantu kerajaan negeri atau pasukan keselamatan kita untuk membanteras masalah seperti ini,”  – Ahmad Faizal Azumu

https://www.facebook.com/pejaofperak/videos/423312618309663/

“Tentunya saya yang mewakili kerajaan negeri dan pasukan keselamatan akan dapat input baru tentang bagaimana kita boleh membawa kemajuan dari segi keselamatan di Ipoh dan seluruh negeri Perak,” – Ahmad Faizal Azumu

Menteri besar itu berkata Perak juga berminat untuk mempelajari lebih lanjut mengenai kelestarian perlombongan dari Amerika Syarikat.

“Kerajaan negeri bekerjasama rapat dengan Biro Sumber Tenaga AS untuk memupuk kelestarian perlombongan,

“Kita sedia maklum bahawa Perak begitu kaya dengan pelbagai sumber mineral, dan amat penting bagi kerajaan negeri untuk mendapat maklumat lebih mendalam tentang teknologi terkini ke arah melaksanakan usaha perlombongan secara lestari,” – Ahmad Faizal Azumu

Ahmad Faizal kini berada di Washington mengiringi Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin yang dalam lawatan kerja ke ibu negara AS, sebelum ke New York, yang disasar bagi meningkatkan hubungan keselamatan kedua-dua negara.

KENYATAAN MEDIA PEJABAT MENTERI BESAR

Menteri Besar Perak akan berada di Amerika Syarikat (AS) untuk lawatan kerja bermula dari 16 September hingga 23 September. Beliau akan menyertai Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Washington dalam beberapa siri mesyuarat peringkat tertinggi dengan pihak Keselamatan Dalam Negeri AS, Jabatan Keadilan AS, Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan Pusat Saringan Pengganas AS (TSC).

Antara isu utama yang akan disentuh dalam mesyuarat-mesyuarat berkenaan adalah mengenai kawalan keselamatan sempadan Perak di Pengkalan Hulu, di daerah Hulu Perak. Dato’ Seri Ahmad Faizal Bin Dato Azumu akan disertai oleh Ketua Polis Negeri Perak, Datuk Razarudin Bin Husain.

Menteri Besar juga akan mengadakan pertemuan dengan Biro Sumber Tenaga AS dalam usaha untuk menggalakkan pelombongan lestari sumber mineral serta perkongsian amalan dan teknologi pelombongan lestari.

Di New York, Menteri Besar akan melawat Jabatan Polis New York dan Lapangan Terbang  John F. Kennedy Airport untuk taklimat keselamatan.

Dikeluarkan oleh
PEJABAT YAB MENTERI BESAR PERAK DARUL RIDZUAN 
17 SEPTEMBER 2019



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version