“Jual aset Khazanah seperti jual kain baju kita”-Tan Sri Khalid

Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai salah seorang panelis. Gambar oleh Malaysia Gazette

Kuala Lumpur, 22 Sept Bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata  penjualan aset kerajaan untuk membayar hutang memberikan  gambaran bahawa negara dalam keadaan terdesak sekaligus harga yang ditawarkan pembeli dibimbangi akan jatuh.

Tambahnya lagi, perkara ini tidak menambahkan harta negara sebaliknya ia seolah-olah kerajaan sudah mula menjual kain bajunya, lapor Malaysiakini.

Kalau jual aset kerana hendak bayar hutang, atau kerana hendak biayai perbelanjaan operasi yang kita dah buat.

“Ini satu keadaan yang tidak akan menambah harta negara, bermakna kita sudah mula jual kain baju kita,” – Tan Sri Khalid Ibrahim

Beliau berkata demikian  ketika menjawab soalan pada majlis Forum Cabaran Dasar Ekonomi Baru di Era Malaysia Baru di PWTC, Kuala Lumpur, anjuran Puteri Umno semalam.

Terdahulu, Khalid yang juga panelis forum anjuran Puteri Umno Malaysia itu diminta mengulas mengenai tindakan kerajaan menjual aset Khazanah yang mendapat kritikan pelbagai pihak.

“Apa yang paling saya takut adalah apabila orang tahu syarikat hendak bankrap, harganya akan jatuh, itu sebabnya kita kena berjaga-jaga dalam buat urus niaga.

“Kita tidak boleh tunjukkan kita ghairah sangat hendak jual harta benda, sebabnya kita tidak cukup duit, maknanya orang sudah tahu, kalau orang nak beli sejuta, dia akan tawar hingga RM500,000,” – Tan Sri Khalid Ibrahim

Katanya lagi,  tindakan kerajaan menjual aset negara merugikan Malaysia dalam dua perkara.

“Kita kalah dua benda, harta itu sudah tidak ada lagi, dan hutang pula kita terpaksa cari duit lain untuk tambah lagi.

“Ini, kerajaan tidak ada duit, tapi hendak buat pembangunan, dan bagaimana caranya hendak jaga harta supaya jangan dijual pada harga yang tidak sesuai,” – Tan Sri Khalid Ibrahim

Pada majlis itu, turut menjadi panelis ialah Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan bekas Menteri Kewangan Abdul Johari Ghani.

Baru-baru ini, bekas perdana menteri, Dato Seri Najib Razak  mengecam langkah kerajaan berhubung pelupusan aset oleh Khazanah baru-baru ini termasuk menjual Pusat Perubatan Prince Court dan konsesi tol lebuhraya di Indonesia.

Beliau juga mendakwa hutang rasmi negara  tidak berkurangan semenjak PH menjadi kerajaan sebaliknya meningkat hingga RM800.8 bilion berbanding RM686.8 bilion pada akhir tahun 2017 di bawah pemerintahan Barisan Nasional.

Selepas memenangi PRU 14 lepas, kerajaan PH memainkan propaganda hutang negara melebihi RM1 trillion dengan menambahkan  komitmen seperti pembayaran pajakan dan bayaran penyelenggaraan terhadap hutang kerajaan dan liabiliti luar jangka.

Hutang RM1 trillion itu kemudian digunakan sebagai alasan tidak dapat menunaikan manifesto PRU 14 PH termasuklah menghapuskan tol dan penangguhan pembayaran pinjaman PTPTN

Penjualan aset Khazanah menjadi semakin rancak sejak Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad  dilantik sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad selepas peletakan jawatan beramai-ramai ahli lembaga pengarahnya tahun lepas.

Perkara tersebut diumumkan melalui satu kenyataan oleh Pejabat beliau sendiri.

 

Turut diumumkan adalah Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin dilantik sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah.

– Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version