Tue. Oct 15th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Najib bongkar strategi propaganda PH untuk hutang negara RM1 trilion

2 min read

Oleh : Najib Razak.

Biar saya bongkarkan strategi PH untuk propaganda hutang negara.

67646204_10156239181985952_7757200743236370432_n.png

Warna biru adalah hutang terus negara dan data inilah yang digunakan oleh seluruh dunia apabila menghitung hutang negara.

Warna jingga pula adalah liabiliti kerajaan yang PH ambil kira untuk menambah kepada warna biru supaya mereka boleh claim hutang negara dah cecah RM1 trilion.

Propaganda PH ini pertama kali digunakan pada Mei 2018 selepas PRU14.

Masa itu, mereka kata hutang negara pada akhir 2017 adalah RM1.086 trilion walaupun hutang terus negara adalah RM686.8 bilion.

Hutang terus negara dilaporkan dari masa ke masa oleh BNM. Ianya juga senang dikira dengan mengambil kira bon pinjaman baru kerajaan yang diterbitkan atau dibayar balik.

Masalahnya ialah hanya Guan Eng seorang yang tahu bagaimana bahagian liabiliti (jingga) ini dikira terutama untuk liabiliti bayaran Public-Private Partnership (PPP).

Apa yang terkandung di dalam itu? Kenapa ambil kira bayaran hingga tahun 2045 sebagai liabiliti PPP, tiada orang lain tahu kecuali Guan Eng.

Apabila media bisness The Edge lapor hutang terus negara cecah RM800 bilion, mereka menulis:

“..a clear and detailed update on the ELUSIVE liabilities would at least provide researchers with room to judge the numbers for themselves.”
https://www.theedgemarkets.com/article/state-nation-what-rm800-bil-direct-government-debt-means

The Edge guna perkataan “elusive” untuk liabiliti ini yang bermakna tak dapat dicari.

Permainan PH menjadi jelas apabila Guan Eng terpaksa mengumumkan hutang negara untuk tahun 2018 pada bulan lepas.

Dia kata hutang dan liabiliti negara naik sedikit sahaja kepada RM1.1 trilion..

“Hutang negara cecah RM1.1 trilion” https://www.malaysiakini.com/news/478246

Dia mengaku bahawa hutang terus negara naik RM54.2 bilion kepada RM741.1 bilion.

Guan Eng juga mengaku jaminan hutang kerajaan naik.

Tapi dia kata liabiliti PPP turun mendadak pulak.

Bagaimana turun? Projek mana yang turun? Dia tak beritahu.

Oleh itu bahagian biru dalam graf naik dan bahagian jingga turun tapi jumlah hutang tetap sama.

Setakat bulan Julai 2019 ini, hutang terus negara telah cecah RM807.5 bilion berbanding RM741.1 bilion pada tahun 2018 dan RM686.8 bilion tahun 2017.

Jika Menteri Kewayangan dipaksa untuk menjelaskan kenaikan ini, saya pasti dia akan menjawab bahawa hutang negara masih RM1.1 trilion walaupun hutang terus negara naik dengan kadar amat cepat.

Dia akan memberi alasan bahawa ini ialah kerana liabiliti PPP sudah turun.

Kerajaan PH telah memberi amaran bahawa mereka akan terus mengamalkan bajet defisit untuk tahun-tahun mendatang.

Bila ada defisit, kerajaan perlu pinjam.

Oleh itu jawapan yang sama tentang hutang negara juga akan digunakan setiap tahun sehingga PRU15 di mana bahagian biru akan meningkat tetapi warna jingga mengurang.

Sehingga PH mencapai impian mereka untuk hutang terus negara benar-benar cecah RM1 trilion.

Inilah propaganda hutang negara yang mereka telah rancang sejak awal lagi selepas PRU14.

Licik tak?


Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Buletin TTKM – Editor.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: