Laman FB Kementerian Wilayah padam hantaran setelah dikecam netizen

 

Facebook, 23 September : Laman rasmi Kementerian Wilayah Persekutuan bertindak memadam hantaran mengenai rumah paku setelah dikecam netizen.

Rata-rata netizen menganggap hantaran tersebut yang menyertakan beberapa keping gambar rumah di tengah jalan raya di China, adalah bertujuan untuk memerli penduduk Kampung Bharu yang menolak tawaran kerajaan untuk pembelian tanah mereka.

“Rumah Paku = Rumah yang enggan dirobohkan pemiliknya di tengah-tengah projek pembangunan” – Laman FB Kementerian Wilayah Persekutuan.

Buletin TTKM mendapati admin laman kementerian tersebut memadam hantaran itu tidak sampai beberapa minit selepas laman troll Tentera Troll Kebangsaan Malaysia mengerahkan para likersnya untuk ke sana.

Selepas hantaran tersebut dipadamkan, admin laman rasmi kerajaan itu memohon maaf dengan memberikan alasan perkara itu tidak disengajakan.

“Admin benar-benar mohon maaf di atas posting mengenai Rumah Paku yg menyinggung perasaan warganet. Perkara ini amat tidak disengajakan dan berharap ianya tidak dipanjangkan lagi. Posting tersebut tidak berniat apa-apa ..🙏🙏” – Laman FB Kementerian Wilayah Persekutuan. 

Di ruangan komen hantaran itu pula, netizen meneruskan serangan dengan mengecam tindakan admin terbabit. Setakat ini terdapat lebih 1600 komen.

1.png

2.png

3.png

Terdahulu, Khalid Samad yang juga menteri Wilayah Persekutuan diejek oleh penduduk Kampung Bharu ketika sesi townhall kelmarin kerana tidak bersetuju dengan tawaran kerajaan membeli tanah mereka pada harga yang dikatakan rendah dari pasaran. – Buletin TTKM-

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.