Oleh : Briged Aduan Rakyat TTKM
Kuala Lumpur, 23 Sept : Mendapan sepanjang 8 meter di Jalan Sultan Salahuddin depan bangunan Kementerian Kerja Raya telah diperbaiki dan diturap baru.
Hasil tinjauan Briged Aduan Rakyat pagi mendapati mendapan yang membahayakan pengguna jalan raya itu telah diturap kemas berbentuk segiempat.
Pada Jumaat lepas, Briged telah melaporkan perkara tersebut dan ia menjadi tular di media sosial apatah lagi jalan rosak itu betul-betul berada di hadapan bangunan Kementerian Kerja Raya. – Buletin TTKM-.