Kenyataan akhbar

PSM desak BNM dan PH hentikan caj tambahan bank di kaunter dan CDM.

By Buletin TTKM

September 24, 2019

Oleh : Arul

Parti Sosialis Malaysia (PSM) mendesak Bank Negara sebagai Bank Pusat yang bertanggungjawab untuk menentukan regulasi Bank Tempatan dengan segera campurtangan dan hentikan kerakusan dan ketamakan Bank-bank Komersil yang  mengenakan bayaran tambahan untuk perkhidmatan kaunter dan mesin deposit tunai (CDM) bagi pembayaran bil kad kredit dan pembiayaan pinjaman. 

Tindakan tamak Bank Komersil ini dikatakan untuk bermotifkan untuk memaksa lebih ramai orang untuk menggunakan perkhidmatan Internet. PSM membantah tindakan ini atas sebab-sebab berikut :

  1. Tindakan ini akan membebankan ramai orang terutamanya golongan berpendapatan rendah, kurang pendidikan, tinggal di kawasan luar Bandar dan sebagainya. Maka golongan yang akan menjadi mangsa caj tambahan ini bukan golongan yang berada tetapi majopritinya gologan yang tidak berada.
  2. Tindakan ini juga akan mengurangkan peluang pekerjaan dan ini sekali gus akan meningkatkan pengangguran. Yang akan untung hanyalah pemegang saham, kakitangan berpendapatan tinggi di bank manakala pekerja-pekerja yang kerja di kaunter akan kehilangan kerja. Ini akan membawa padah dan memberikan tekanan kepda ekonomi Negara. Buat masa sekarang, ramai pekerja Bank diancam pembuangan kerja kerana kerja-kerja automation dan juga pengabungan Bank-bank.
  3. Jika hendak jimat wang, maka Bank boleh ambil langkah mengurangkan dividen kepada pemegang saham atau gaji CEO-CEO Bank ini. 5 daripada 10 orang CEO penerima pendapatan paling tinggi di Negara kita untuk tahun 2019 adalah CEO-CEO Bank umpamanya CEO Public Bank menerima 27 juta setahun (2.25 juta sebulan), CEO Hong Leong Bank 12 juta atau sejuta pendapatan gaji and ganjaran lain sebulan manila CEO sebuah Bank GLC – Malayan Banking Berhada pula mendapat gaji dan ganjaran lain RM 8.7juta atau pendapatan sebulan adalah RM 725.000. CEO CIMB bank pula mendapatan elaun dan ganjaran lain sebanyak RM 9.89juta atau RM 824,000 sebulan. Antara Bank yang sudahpun kenakan caj tambahan ini adalah CIMB dan Public bank manakalaMaybank dijangka akan bermula bulan depan.

Sepatutnya Pendapatan daripada golongan maha kaya ini disalurkan untuk membantu rakyat. Tindakan Bank mengenakan caj ini kemungkinan untuk meningkatkan dividen kepada Pemegang saham dan menngkatan pendapatan golongan tertinggi manakala golongan pekerja bawahan dibuang kerja dan rakyat dibebankan dengan caj tinggi.

Bank Negara Malaysia yang telah banyak kali berkokok bahawa gaji pekerja Malaysia adalah rendah dan sebagainya harus menjalankan tanggungjawabnya untuk menyekat rakyat Malaysia tidak lagi dibebankan dengan caj tinggi Bank Tempatan dimana Bank Negara mempunyai kuasa untuk menetapkan syarat.

Laporan Tahunan bank Negara tahun 2018 mengatakan pekerja Malaysia mendapat gaji rendah berbanding dengan produktiviti. Kerajaan PH terutamanya Menteri Kewangan dan Ekonomi harus bertindak dan memberikan isyarat jelas samada mereka bersama Koperat Bank atau bersama rakyat Malaysia yang semakin menanggung bebas dan kos tinggi dalam keadaan gaji minima disekat .

S.Arutchelvan adalah Timbalan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia.

Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian buletin TTKM. Caj perkhidmatan tambahan yang dikenakan oleh bank komersil adalam RM2 untuk transaksi pembayaran pembiayaan di kaunter, manakala RM0.50 untuk transaksi menggunakan mesin deposit tunai. – Editor.