26 bank akan batalkan caj perkhidmatan RM2 dan RM0.50.

PETALING JAYA 26 Sept: 26 bank telah bersetuju untuk menghentikan caj perkhidmatan untuk transaksi konvensional seluruh negara, ekoran bantahan kuat dari pelanggan yang mendakwa tindakan tersebut adalah tidak adil.

Free Malaysia Today melaporkan pengumuman tersebut dilakukan oleh Persatuan Bank Malaysia, yang dianggotai oleh 26 bank, sehari selepas kumpulan tersebut mempertahankan langkah itu yang menurutnya adalah untuk menggalakkan pelanggan menggunakan kemudahan perbankan internet.

Tambah kenyataan itu, bank akan menghentikan caj untuk pembayaran pembiayaan dan kredit kad di kaunter dan juga di mesin deposit tunai.

(Sebelum ini, caj sebanyak RM2 dikenakan untuk transaksi pembayaran di kaunter, manakala RM0.50 untuk pembayaran di mesin deposit tunai – editor)

di kaunter dan mesin deposit serta caj untk cek dan pembayaran tunai

“Bank-bank ahli kami akan berkomunikasi dengan pelanggan mereka melalui komunikasi berbangkit, termasuk laman sesawang bank, dan bersedua untuk membantu mereka untuk membiasakan diri mereka dengan saluran alternatif atau sebrang pertanyaan berhubung perkara ini”  – Persatuan Bank Malaysia.

Awal minggu ini, beberapa NGO termasuk CAP, NUBE, dan FOMCA mengkritik tindakan bank negara membenarkan caj tambahan oleh bank-bank komersil terhadap pelanggan.

Parti Sosialis Malaysia turut mengkritik tindakan membebankan pelanggan terutama golongan berpendapatan rendah.

CAP dan NUBB mendakwa aduan mereka kepada Bank Negara tidak dilayan.

Dua minggu lepas, Buletin TTKM melaporkan caj tambahan tersebut yang kebanyakannya tidak disedari oleh pelanggan bank.

Selain itu, tular satu video rakaman perbualan seorang lelaki dengan sebuah bank yang melepaskan rasa tidak puas hati beliau mengenai caj tambahan RM2 yang dikenakan oleh bank.

Tambah lelaki itu, perbankan internet bank terbabit sering ‘down’, dan merasakan tindakan bank itu adalah “sangat tidak patut”

“Boleh buat online, tapi online korang macam ****… down berapa kali!.. Kalau stabil tak apa no problem.. ini selalu down! .. Kami mahu perkara ini dibatalkan! Duit dah ambil interest tinggi-tinggi pada pinjaman,  nak ambil pula RM2 mengarut betul!”  – video tular.

-Buletin TTKM-

 

Author: Buletin TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.