MOF anugerah tender RM25 juta urus sistem subsidi RON95

 

Kuala Lumpur, 29 Sept: Tular di media sosial mengenai satu tender yang dianugerahkan oleh Kementerian Kewangan bernilai RM25 juta untuk urus sistem subsidi bersasar bagi petrol RON 95.

 

Semakan Buletin TTKM di laman sesawang Kementerian Kewangan Malaysia mendapati tender tersebut dianugerahkan pada bulan Mac 2019 kepada syarikat GHL TRANSACT SDN. BHD bagi durasi selama 16 bulan untuk “mencadang, mengkaji, merekabentuk, membangun, membekal, memasang, menguji dan mentauliah serta mengoperasi perkakasan, perisian dan aplikasi untuk sistem subsidi secara bersasar bagi petrol RON95 (sistem kad95) secara request for proposal (RFP)”.

Pengarah GHL TRANSACT SDN. BHD melalui data SSM adalah seperti berikut:

GHL TRANSACT.jpg

Melalui semakan di SSM pula, kami mendapati GHL TRANSACT SDN. BHD adalah milik sepenuhnya syarikat GHL System Sdn Bhd.

Baru-baru ini, media melaporkan kerajaan bercadang menggunakan bil elektrik bagi menentukan golongan yang layak menerima subsidi petrol RON95.

Memetik laporan Sin Chew Daily, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen berkata, hanya golongan dalam kategori B40 dengan bil elektrik bulanan antara RM100 dan RM200, layak mendapat subsidi tersebut.

“Penggunaan bil elektrik ialah hanya sebagai rujukan,” kata Chong dalam satu temuramah eksklusif dengan surat khabar itu.

Katanya, cadangan bagi mekanisme itu akan dibawa ke Kabinet bulan depan.

Bagi penunggang motosikal, subsidi akan diberi sebanyak RM12 setiap bulan.

Tambahnya, wang akan dimasukkan terus ke akaun penerima.

Mekanisme subsidi bersasar bagi minyak petrol RON95 sebelum ini dicadangkan untuk dilaksanakan pada Julai tahun ini tetapi ia ditangguhkan.

Ketika ini, Kerajaan secara purata membelanjakan RM133 juta setiap minggu untuk subsidi minyak.

Subsidi petrol bersasar adalah salah satu manifesto pakatan harapan yang dijanjikan akan dilaksanakan dalam 100 hari pemerintahan.

Kini selepas lebih 500 hari janji tersebut masih belum dapat dilaksanakan. -Buletin TTKM-
Grafik-page-003
10 janji pakatan harapan dalam 100 hari. 

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.