Video tersebut  kemudian dikongsi di media sosial oleh netizen yang rata-ratanya  mengecam tindakan kumpulan berkenaan yang disifatkan sebagai tidak beradab dan tidak patriotik.

Dalam hantaran di Facebook itu , pemilik akaun berkenaan menulis menyatakan beliau tidak akan berdiri kerana perkara itu bukan urusannya.

“Saya tidak akan berdiri untuk menyanyikan lagu kebangsaan Malaya kerana ia bukan urusan saya” – Shaow Tung Leong

Melalui profil di facebooknya, Shaow Tung Leong menyatakan bahawa beliau adalah bekas wartawan dan editor di 国际时报 International Times & Sinchew Daily News.

Berikut merupakan kenyataan penuhnya:

“Pada majlis makan malam anjuran satu parti tempatan malam tadi, apabila penganjur memainkan Negaraku,

Keseluruhan meja itu hanya sukarelawan S4S yang tidak berdiri dan terus menjadi tumpuan para hadirin.

Sesetengah orang yang bersorak Sarawak Merdeka setiap hari telah berdiri dan menyanyikan Negaraku ….apabila melihat reaksi kami, mereka terasa malu…

Makan malam itu tidak menyanyikan lagu “negeri” Sarawak, tetapi kemudiannya menyanyikan lagu Fairland Sarawak. S4S kami terus berdiri dengan segera dan reason ini mengejutkan semua orang…Salute!

# Mengapa berdiri?

Apa gunanya apabila Malaya merompak Sarawak selama beberapa dekad, Tun M sudah berkata, dia tidak akan membayar 20% Oil Royalty kepada Sarawak, sekarang semua orang benci perayaan 831, benci 916, buat apalah mereka berdiri dan menyanyi lagu lanun Malaya?

Jika anda bimbang ditangkap, lebih baik jangan menjerit nak Merdeka atau apa-apa Hak Autonomi, pergilah menjadi ulun Malaya!” – Shaow Tung Leong

S4S merupakan satu pergerakan yang mahu Sarawak keluar dari Malaysia.

-Buletin TTKM-