July 29, 2021

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

“Najib guna hantaran FB palsu rosakkan nama Saya dan DAP, bertaubatlah”- Nga Kor Ming

Oleh : Nga Kor Ming

Dato Seri Najib Razak wajib minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana menggunakan FB posting PALSU untuk cuba merosakkan nama baik serta menghasut rakyat membenci saya & DAP.

Posting FB yang dirujuk oleh Najib hari ini merupakan page yang menyamar diri mengguna nama “ Nga Kor Ming Super Fans Page” tetapi ia bukan dari saya ataupun DAP.

Setelah cuba dibuat carian atas talian, telah didapati bahawa posting yang dirujuk oleh Najib itu sebenarnya adalah dari satu page bernama “ Ju Xi Wan Yak” ( dalam bahasa Mandarin ), ia langsung tiada apa-apa kaitan dengan saya mahupun DAP. Terbukti Najib telah menipu sekali lagi.

Saya nasihatkan Dato Seri Najib supaya bertaubat segera dan kembali ke pangkuan jalan jika masih belum terlambat. Jangan lagi cuba menggunakan taktik kotor berulang kali untuk cuba mencemar reputasi baik saya & parti DAP.

Saya anggap rakyat Malaysia sudah tahu apakah watak sebenar mereka yang kini sudah ketandusan idea & hanya taaksub menabur fitnah.

Jangan lupa Fitnah merupakan dosa besar, balasannya sangat teruk. Renungkanlah sendiri.

Sekian, terima kasih.

Nga Kor Ming

30hb September, 2019

RSS
Follow by Email
%d bloggers like this: