Facebook, 30 Sept: Bekas perdana menteri, Dato Seri Najib Razak meminta kerajaan PH mengambil tindakan terhadap timbalan speaker, Nga Kor Ming kerana didakwa “menghasut warga Cina untuk membenci Sultan Selangor.”
Dalam satu hantaran di facebooknya, Najib mengulas satu poster yang dinaikkan di laman facebook “Nga Kor Ming super fans club” yang menurut beliau memainkan isu perkauman.
“Kerajaan PH patut mengambil tindakan terhadap Timbalan Speaker Dewan Rakyat Nga Kor Ming kerana dia telah menghasut warga Cina untuk membenci Sultan Selangor.
Posting FB mereka kata jangan salahkan kerajaan PH jika mereka tidak membenarkan papan tanda jalan dwibahasa kerana ianya keputusan Sultan Selangor.
DAP mengajak orang Cina yang tidak puas hati dengan keputusan itu untuk membantah di depanmuka Sultan Selangor. Saya harap kaum Cina tidak termakan hasutan DAP.
DAP mesti berhenti menghasut dengan memainkan isu perkauman.” – Najib Razak.
Hantaran di facebook itu menunjukkan satu poster dalam tulisan cina dengan gambar Sultan Selangor bersama papan tanda jalan dwibahasa.
Seorang lelaki di facebook yang kerap melakukan terjemahan, Megat Mohd Hisemudin Megat Kasim, menterjermahkan hantaran tersebut seperti berikut:
“Tanda jalan dwi bahasa sesungguhnya telah menarik perhatian ketidak puasan hati sekurang-kurangnya oleh seorang Melayu. Orang Melayu inilah yang mengarahkan kerajaan untuk menurunkan tanda jalan dwi bahawa ini. Jika mana-mana orang Cina yang tidak berpuas hati, silakan bertentangan muka dengan orang Melayu ini bagi menunjukkan bantahan. Orang Cina marahkan kerajaan tak ada maknanya, kerana orang Melayu ini tidak tahu yang anda tidak berpuas hati.” – Terjemahan oleh Megat Mohd Hisemudin Megat Kasim
Tahun lepas, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya semua papan tanda di Shah Alam yang mempunyai tulisan bahasa Cina ditanggal dan digantikan dengan papan tanda jalan dengan satu bahasa sahaja, iaitu Bahasa Melayu.
Mengenai laman terbabit yang didakwa bukan dikendalikan oleh Nga Kor Ming, Najib memberikan bukti termasuk sejarah laman facebook itu yang menukarkan namanya beberapa kali.
“Ini adalah sejarah page itu. Ianya jelas bahawa page ini sudah lama menggunakan nama dia.
Sebelum ini, saya pernah saman Nga Kor Ming tentang posting yang telah memfitnah saya di page yang sama ini dan beliau meminta maaf di Mahkamah.
https://www.utusan.com.my/…/kor-ming-kesal-fitnah-najib-ros…Pada tahun 2016, Nga Kor Ming disiasat kerana membuat posting yang menyamakan duit raya dengan dedak.
https://www.theborneopost.com/…/tindakan-kor-ming-biadab-d…/
Lalu page FB itu terus ditutup untuk beberapa bulan sebelum ianya dibuka semula dan nama page ditukar walaupun gaya dan nada posting mereka tak berubah.
Sama ada Nga Kor Ming dan DAP terlibat, biar polis siasat jika kerajaan di bawah PH ini masih ada maruah untuk mempertahankan Rukun Negara dan undang-undang kita.” – Najib Razak.
Sementara itu, hasil semakan Buletin TTKM di laman itu mendapati hantaran terbabit kini tidak dapat diakses dipercayai telah dipadamkan oleh admin terbabit.
Selain timbalan speaker, Nga Kor Ming merupakan ahli parlimen DAP Teluk Intan dan adun Aulong di Perak. -Buletin TTKM-