Puchong, 2 Oktober: Penduduk di sekitar Selangor bimbang berikutan kualiti air yang berbau bahan kimia seakan-akan gam semenjak kelmarin, selepas bekalan air yang terganggu pulih.
Semakan Buletin TTKM di laman facebook Air Selangor mendapati ratusan komen dari pengguna meminta penjelasan dari pihak Pengurusan Air Selangor.
” Cyber 7, Cyberjaya. Baru kimia yang sangat kuat dari air. Harap ambil tindakan secepat mungkin dan beri maklum sama ada air selamat untuk digunakan atau diminum” tulis seorang netizen, Eunice Phang Siew Wei .
“Air di Taman Putra Prima masih mempunyai bau seperti gam. Adakah ini kerana air tercemar yang melalui loji rawatan? Adakah ia selamat untuk diminum? Apakah jenis bahan kimia tersebut?” tanya Scott Soo.
“Nak beritahu kawasan dekat LEP 6 Seri Kembangan tempat saya, semua air tap berbau “kimia” sejak kemarin, dah masak pun sama, adakah ia bahaya bagi kita ataupun kanak kanak kita, sila ambil tindakan segara.” tulis Lydia Loo
“Bekalan air di Taman Puchong Utama berbau…adakah selamat digunakan? Kami penduduk disini amat risau.” keluh Lisa Diya
Pada 28 September lepas, berlaku insiden pencemaran bau dengan bacaan 5 ton di sumber air mentah menyebabkan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih terpaksa dihentitugas sepenuhnya.
Bekalan air pulih pada 30 September tetapi pengguna mendakwa terdapat bau kimia seakan-akan bau gam yang agak kuat dari air yang dibekalkan.

Setakat ini, pihak Air Selangor memberi jaminan bahawa air yang dibekalkan adalah memenuhi piawaian kualiti yang ditetapkan oleh KKM.
“Pihak kami juga ingin memberi maklumbalas berhubung beberapa aduan berkaitan kualiti air. Hasil siasatan dan pemeriksaan di 120 premis pengadu sehingga jam 12 tengahari, disahkan air terawat yang dibekalkan oleh Air Selangor adalah memenuhi piawaian kualiti air yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).” – Air Selangor.
-Buletin TTKM-