May 6, 2021

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Kenapa Rafizi sibuk dengan Adnexio?

Oleh: Editorial Buletin TTKM

Sejak kerajaan bertukar tangan, pakar formula, Rafizi Ramli sudah tidak selantang dahulu.

Pengumuman dividen LTAT sebanyak 2% pun beliau tidak membuat sebarang kenyataan, walaupun ia dividen terendah dalam sejarah.

Laman facebooknya kini tidak lagi mengkritik pemerintah, apatah lagi parti politik di mana beliau merupakan naib presiden, mempunyai kerusi terbesar dalam kerajaan.

Walaupun begitu, Rafizi tidak menumpang senang.

Tiada sebarang jawatan kerajaan untuk beliau.

Sebaliknya beliau gigih menumpukan sepenuh tenaga kepada portal mencari kerja AI, Adnexio.

Hantaran terkini beliau adalah pada 23 September 2019, itupun juga mengenai portal tersebut, beliau melakukan promosi.

“Sekitar 30% dari jawatan kosong yang diiklankan di www.adnexio.jobsadalah untuk jawatan kanan yang bergaji RM10,000 ke atas.

Sebaiknya mereka yang bergaji bawah RM10,000 mencuba peluang seperti ini supaya mereka mewujudkan kekosongan kepada pencari kerja yang lain.

Daftar sekarang di www.adnexio.jobs dan sama-sama sebarkan kerja kosong kanan seperti berikut: Group Chief Financial Officer, Senior PHP developer, Project Manager dan banyak kekosongan lain.”  – Rafizi Ramli. 

Buletin TTKM melakukan semakan melalui SSM untuk meneliti siapa di belakang syarikat tersebut dan berikut merupakan hasilnya.

Syarikat tersebut pada mulanya bernama ADNEXIO (MALAYSIA) SDN. BHD. yang kemudian ditukarkan kepada AGENSI PEKERJAAN ADNEXIO SDN. BHD, sesuai dengan perkhidmatan yang disediakan.

Cuma terdapat satu pemegang saham  terkini syarikat tersebut iaitu oleh INVOKE SOLUTIONS SDN. BHD. dengan jumlah saham sebanyak  150,000  unit.

share 3.JPG

Buletin TTKM kemudian menjejaki pula siapa di belakang INVOKE SOLUTIONS SDN. BHD.

Terdapat 6 pemegang saham Invoke di mana pemegang saham terbesarnya adalah Rafizi Ramli sendiri dengan pegangan lebih 2.4 juta saham.

  1. RAFIZI RAMLI – 2,494,397 unit
  2. AKMAL NASRULLAH BIN MOHD NASIR  – 5100 unit
  3. NUR HIDAYAT BIN JAMALOLAIL – 500 unit
  4. ONN BIN ABU BAKAR – 1 unit.
  5. MUHAMMAD AFFENDY BIN HASNI – 1 unit.
  6. RASHAD TAJUDDIN BIN ANWAR TAJUDDIN 1 unit.

Keseluruhan unit saham ini adalah berjumlah 2.5 juta unit.

share 2

Berapa pula harga seunit saham? Melalui maklumat share capital, wang tunai sebanyak RM2.5 juta diisukan untuk syarikat invoke, yang bermakna satu saham adalah bersamaan dengan RM1. share 1

Di sinilah perkara ini menjadi menarik.

Ini bermakna, Rafizi Ramli melaburkan wang sebanyak  RM 2,494,397 untuk menjadi pemegang saham terbesar.

Di manakah beliau mendapat wang sebanyak itu?

Adakah dari kempen derma orang ramai?

Adakah dari simpanan tabung beliau sendiri?

Sekiranya wang tersebut adalah dari poket dan tabung beliau sendiri, ia bukan isu.

Tetapi sekiranya wang tersebut datang dari kempen mengutip derma dari orang ramai yang dilakukannya sebelum ini, itulah yang dipersoalkan.

Rafizi, sila jawab. -Buletin TTKM-

 

 

RSS
Follow by Email
%d bloggers like this: