Tue. Oct 15th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Air berbau disebabkan dos klorin lebih tinggi – Air Selangor.

2 min read

 

Puchong, 3 Oktober: Air Selangor berkata punca bau pada bekalan air adalah disebabkan oleh pengedosan klorin yang lebih tinggi, supaya sebarang sebatian yang berpunca dari pencemaran air mentah boleh dirawat.

Air Selangor berkata demikian apabila dihubungi Buletin TTKM melalui laman facebooknya.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan di premis- premis pengadu, bekalan air terawat yang dibekalkan oleh Air Selangor adalah memenuhi piawaian kualiti air bagi parameter fzikal yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Punca bau pada bekalan adalah disebabkan oleh pengedosan klorin yang lebih tinggi, supaya sebarang sebatian yang berpunca dari pencemaran air mentah boleh dirawat.

Kepekatan klorin dalam air yang dibekalkan adalah selamat mengikut piawaian yang ditetapkan.” – Laman FB Air Selangor 

Tambahnya lagi,  bekalan air terawat yang dibekalkan kepada pengguna oleh Air Selangor boleh diguna untuk kegunaan domestik sebagaimana lazimnya.

“Bagi menyelesaikan keadaan ini, pihak Air Selangor sedang giat menjalankan kegiatan pencucian paip sejak hari Ahad 29.09.2019.”Laman FB Air Selangor 

Pada 28 September lepas, berlaku insiden pencemaran bau dengan bacaan 5 ton di sumber air mentah menyebabkan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih terpaksa dihentitugas sepenuhnya menyebabkan berlaku gangguan bekalan air di beberapa tempat di Selangor.

Pada 30 September, bekalan pulih sepenuhnya tetapi pengguna mengadu mengenai bau bahan kimia seakan-akan bau gam pada air yang dibekalkan.

Lebih 800 komen setakat ini mengenai perkara itu diadukan pengguna ke laman facebook Air Selangor, tetapi maklum balas yang diterima dari Air Selangor cuma meminta pihak pengadu memberikan maklumat terperinci  seperti nama, alamat dan no akaun. – Buletin TTKM-

aduan1.JPG

 

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: