Maklum balas aduan air berbau – Air Selangor

Kenyataan oleh : Air Selangor.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memberikan maklumbalas berhubung aduan air berbau yang diterima daripada pengguna.

This slideshow requires JavaScript.

Sehingga jam 10:00 pagi, 3 Oktober 2019, pihak kami telah membuat siasatan ke atas 842 kes dari keseluruhan aduan sebanyak 952 kes yang diterima dari tempoh 29 September sehingga 3 Oktober 2019.

Berdasarkan ujian in-situ (ujian pensampelan ditapak), air yang dibekalkan adalah selamat di gunakan dan mematuhi piawaian kualiti air Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pihak kami akan menjalankan pemeriksaan dan ujian kualiti air bagi baki 110 kes yang diadukan.

Selain itu, pihak kami juga melaksanakan pemeriksaan di sistem-sistem agihan dan kolam-kolam perkhidmatan. Sehingga kini sebanyak sembilan (9) kolam perkhidmatan telah dicuci dan Air Selangor akan melaksanakan aktiviti berterusan seperti berikut:

1. Aktiviti berterusan pencucian sistem perpaipan di kawasan-kawasan aduan.
2. Pencucian kolam-kolam serta sistem-sistem agihan.
3. Pemantauan dan tindakan berterusan sehingga semua kes dan aduan air berbau tiada lagi.

Senarai kawasan aduan air berbau adalah seperti berikut:

Aman Putra, Sepang
Bangi Seksyen 3,4,5,7,9, Hulu Langat
Bukit Puchong, Sepang
Kota Warisan, Sepang
Puchong Intan, Petaling
Puchong Perdana, Petaling
Puchong Prima, Petaling
Puchong Utama, Petaling
Putra Impiana, Sepang
Putra Perdana, Sepang
Putrajaya Presint 11, Sepang
Salak Tinggi, Sepang
Saujana Putra, Kuala Langat
Saujana Puchong, Petaling
Seri Kembangan, Petaling
Tmn Intan Baiduri, Sepang
Tmn Mawar Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang
USJ 3, 6, 5, 16

Pihak kami mengambil serius berhubung perkara ini dan pelanggan adalah dinasihatkan untuk menghubungi kami di talian 15300 atau WhatsApp ke nombor 019-2800919/019-2816793 sekiranya mengalami masalah bekalan air berbau.

Mohon maaf atas segala kesulitan dan perhatian serta kerjasama semua pelanggan amatlah dihargai.


 

Author: Buletin TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.