Tue. Oct 15th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Ngeh serah sumbangan RM0.98 juta dari KPM kepada SRJKC, replika cek tertera logo PH.

2 min read

Manjung, 3 Okt: Yang Dipertua Dewan Negeri Perak Merangkap Ahli Parlimen DAP Beruas, YB Dato’ Ngeh Koo Ham menyempurnakan Majlis Cek Penyerahan Sumbangan Tabung Khas 2019 Kementerian Pendidikan Malaysia kepada Sekolah Bantuan Modal (Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina)) di Daerah Manjung kelmarin.

Menurut laman facebook beliau, sebanyak RM980,000 diperuntukkan kepada 12 buah sekolah.

Sekolah-sekolah yang menerima sumbangan Tabung Khas 2019 pada pagi ini adalah seperti berikut:

SJKC Hua Lian 1, Pangkor – RM35,000
SJK (C) Hua Lian 2, Pangkor – RM20,000
SJK (C) Eng Ling, Lumut – RM30,000
SJK (C) Ping Min, Pundut – RM40,000
SJK (C) Kur Seng, Kg Sitiawan – RM20,000
SJK (C) Chung Cheng, Sitiawan – RM140,000
SJK (C) Uk Ing, Kg Cina – RM280,000
SJK (C) Chinese National, Kg Koh – RM100,000
SJK (C) Uk Dih, Kg Koh – RM50,000
SJK (C) Chien Hua, Simpang Dua – RM220,000
SJK (C) Pekan Gurney, Sitiawan – RM30,000
SJK (C) Kok Ming, Kg Baharu (L) – RM15,000

Turut hadir bersama ialah YB Encik Teoh Yee Chern 张宇晨, ADUN Astaka, Encik Mohd Halit Bin Abdul Ghani, Penyelia Pengurusan dan Pembanguan (Pejabat Pendidikan Daerah Manjung), Puan Kou Lup Yuen, Penyelia SJKC/SJKT Daerah Manjung, Encik Wong Choon Ee, Pegawai Kemajuan Perkampungan, Ahli-Ahli Majlis Perbandaran Manjung dan Pengerusi-Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung.

This slideshow requires JavaScript.

Gambar dari FB Ngeh Ko Ham. 

logo1.jpg
Logo parti politik Pakatan Harapan bersebelahan logo Kementerian Pendidikan Malaysia. . Gambar dari FB Ngeh Ko Ham. 

Majlis tersebut disempurnakan dengan penyerahan replika cek bersama logo Kementerian Pendidikan Malaysia bersebelahan dengan logo parti politik Pakatan Harapan. – Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: