Teo Nie Ching minta stesen TV beri penjelasan

 

KANGAR – Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching meminta sebuah stesen televisyen memberi penjelasan berkaitan satu siaran berita beliau sedang memberi kenyataan dalam bahasa Mandarin sehingga mendapat kecaman pelbagai pihak.

Sinar Harian melaporkan Nie Ching sebagai berkata, beliau pada mulanya menjawab soalan wartawan berkenaan dalam bahasa Melayu.

“Namun begitu setelah selesai menjawab soalan, saya diminta mengulangi semula kenyataan berkenaan dalam bahasa Mandarin,” – Teo Nie Ching

Beliau berkata demikian  pada sidang akhbar selepas merasmikan bangunan baharu tiga tingkat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Simpang Empat di sini hari ini.

Tambahnya lagi,  tindakan stesen televisyen itu sangat tidak bertanggungjawab dan tidak adil.

“Mereka perlu memberi penjelasan bagi membersihkan nama saya,” Teo Nie Ching

Semalam, Nie Ching telah memberi satu kenyataan berkaitan tindakan Kementerian Pendidikan yang sudah memasukkan elemen pencegahan jenayah siber dan pemerdagangan manusia dalam silibus Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) di peringkat sekolah menengah di Ipoh.

Kenyataan beliau dalam bahasa mandarin  itu disiarkan di Buletin Utama semalam mendapat kecaman netizen. Ada yang mempersoalkan sama ada beliau timbalan menteri di Taiwan atau di Malaysia.

Sementara itu, video Teo Nie Ching itu ditroll oleh laman facebook Tentera Troll Kebangsaan Malaysia dengan menyuntingnya ke dalam iklan “why should we buy the gold disc, original. Not the purple disc, DVDR” pada bahagian bahasa mandarin. Video itu tular di media sosial yang setakat ini mendapat 1117 perkongsian. -Buletin TTKM-

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.