TV3 mohon maaf kepada Teo Nie Ching

Sri Pentas, 3 Okt: Stesen penyiaran swasta, TV3 sebentar tadi memohon maaf kepada timbalan menteri pendidikan, Teo Nie Ching berhubung penyiaran klip video berita beliau yang sedang memberi kenyataan dalam bahasa Mandarin .

Kenyataan itu dibuat dalam slot Buletin Utama sebentar tadi.

“Pihak TV3 memohon maaf kepada Timbalan Menteri Pendidikan, YB Puan Teo Nie Ching dan penonton Buletin Utama susulan laporan yang disiarkan dalam Buletin Utama, 2 Oktober 2019.

Kami menzahirkan rasa kesal di atas penggunaan petikan kenyataan dalam bahasa Mandarin yang sepatutnya digunakan hanya untuk Berita Mandari di ntv7 dan 8tv.

Sekali lagi kami memohon maaf atas kejadian yang tidak disengajakan” – Permohonan maaf TV3.

a.jpeg
Perhomohan maaf dibacakan pembaca berita Buletin Utama. 

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan Nie Ching sebagai berkata, beliau pada mulanya menjawab soalan wartawan berkenaan dalam bahasa Melayu.

“Namun begitu setelah selesai menjawab soalan, saya diminta mengulangi semula kenyataan berkenaan dalam bahasa Mandarin,” – Teo Nie Ching

Tambah Nie Ching lagi, tindakan stesen televisyen itu sangat tidak bertanggungjawab dan tidak adil.

“Mereka perlu memberi penjelasan bagi membersihkan nama saya,” Teo Nie Ching

Semalam, Nie Ching telah memberi satu kenyataan berkaitan tindakan Kementerian Pendidikan yang sudah memasukkan elemen pencegahan jenayah siber dan pemerdagangan manusia dalam silibus Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) di peringkat sekolah menengah di Ipoh.

Kenyataan beliau dalam bahasa mandarin  itu disiarkan di Buletin Utama semalam mendapat kecaman netizen. Ada yang mempersoalkan sama ada beliau timbalan menteri di Taiwan atau di Malaysia.

Sementara itu, video Teo Nie Ching itu ditroll oleh laman facebook Tentera Troll Kebangsaan Malaysia dengan menyuntingnya ke dalam iklan “why should we buy the gold disc, original. Not the purple disc, DVDR” pada bahagian bahasa mandarin. Video itu tular di media sosial yang setakat ini mendapat 1117 perkongsian. -Buletin TTKM-

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.