(video) Kerajaan sedia kaji semula pelaksanaan GST – PM

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersedia mengkaji semula pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kalau itu kehendak rakyat, kita akan kaji sama ada lebih baik daripada SST,” ujarnya ringkas apabila ditanya wartawan mengenai cadangan mengembalikan GST.

Kelmarin, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) berharap kerajaan  memperkenalkan semula  Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dalam Belanjawan 2020 untuk menutup jurang kewangan kerajaan.

Pengerusinya, Tan Sri Dr Kamal Salih, berkata cukai kepenggunaan itu adalah sistem percukaian yang adil dan cekap, berbanding sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Beliau berkata, kadar yang bersesuaian  jika kerajaan melaksanakan semula sistem percukaian itu adalah tiga peratus.

Katanya, pengenalan semula GST pada kadar yang lebih rendah bersama pemberian subsidi akan membantu mengurangkan kos sara hidup, terutama golongan berpendapatan rendah  di negara ini.

“GST adalah sistem yang adil dan SST tidak berupaya memenuhi keperluan yang disumbangkan GST,” – Tan Sri Dr Kamal Salih.

Pada 13 Sep, menteri kewangan, Lim Guan Eng berkata kerajaan tidak akan mengembalikan GST.

“Kita hapuskan GST bulan Jun tahun lepas, dan tiada sebarang rancangan untuk mengembalikannya” – Lim Guan Eng.

Pada 24 Julai, timbalan menteri kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah berkata kerajaan diunjuran kutipan SST tahun ini adalah RM22 bilion.

Sekiranya ia dapat dicapai, jumlah tersebut hanyalah separuh dari kutipan RM44 bilion yang diperoleh oleh kerajaan Barisan Nasional pada 2017.

Pada 8 Ogos 2017, Tony Pua (Damansara), setiausaha politik menteri kewangan berkata  GST 6%  yang dilaksanakan akan menjadikan harga barang lebih murah.

“Saya percaya, sistem cukai SST yang baru ini, walaupun cukai akan dikenakan, tetapi harga barang akan lebih murah daripada bila sistem GST (dulu)” – Tony Pua.

Walaubagaimanapun, setelah lebih setahun SST diperkenalkan semula menggantikan GST, harga barang kebanyakannya tidak turun, sebaliknya menjadi lebih mahal dari kebiasaan. – Buletin TTKM-

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.