Tue. Oct 15th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Doa Teresak Kok untuk berjumpa singa dikabulkan.

1 min read

Oleh : Teresa Kok.

Tanzania: Saya mengetuai delegasi MPI untuk mempromosikan minyak sawit di Kenya, Tanzania dan Ethiopia selama kira-kira seminggu. Benua Afrika akan menjadi pasaran penting bagi minyak sawit Malaysia.

Pada hari terakhir lawatan saya di Kenya, pegawai saya dan saya melawat safari berhampiran dengan lapangan terbang Nairobi sebelum kami berangkat ke Tanzania. Ia adalah pembuka mata untuk saya dan ahli delegasi saya.

Pada pagi itu saya berdoa kepada Tuhan agar saya dapat melihat singa kerana saya diberitahu bahawa kebanyakan pengunjung gagal melihat singa di Safari.

Tuhan telah menjawab doa saya dan kami melihat singa dua kali. Renjer memberitahu kami bahawa singa betina biasanya berkumpul tetapi singa jantan akan selalu bersendirian.

Orang asli Kenya dipanggil Masai. Mereka hidup di dalam hutan dan alam semulajadi, mereka dipanggil “pejuang singa”. Mereka adalah suku yang paling dekat dengan alam semula jadi. Kami membayar beliau sebanyak 10 USD untuk  membawa kami berjalan ke dalam hutan bagi melihat haiwan dan mengambil gambar dengannya.

Saya diberitahu oleh pemandu pelancong bahawa kerajaan Kenya telah mengumpulkan banyak hasil dari para pelancong Safari.

Lawatan safari menyebabkan saya mengetahui bahawa mengekalkan alam semulajadi dan hidupan liar bukan sahaja dapat meningkatkan industri pelancongan, tetapi ia juga berupaya menyumbang sumber pendapatan yang besar kepada kerajaan. Sesuatu untuk Malaysia belajar – (Terjemahan oleh Buletin TTKM)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: