Tue. Oct 15th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

90% setuju jual tanah Kg Bharu?: “Menteri tipu seluruh Malaysia!”kata pemilik tanah.

2 min read

Kuala Lumpur:  Pemilik dan pewaris tanah Kampong Bharu mendakwa Khalid Samad sebagai seorang penipu kerana berkata 90% daripada mereka telah bersetuju menjual tanah pada harga RM850 sekaki persegi.

The Malaysian Insight memetik seorang pemilik tanah sebagai berkata jumlah 90% yang dikatakan oleh Khalid Samad itu cuma 8% sahaja daripada 5,374 pemilik tanah.

“90% itu daripada borang yang dihantar masa itu. Itu lebih kurang 8% sahaja daripada 5,374 pemilik tanah. Dia bukan tipu orang Kampong Bharu sahaja tetapi seluruh Malaysia.

Bila menipu macam ini kita pun sudah tawar hati untuk bangunkan. Kita ada perancangan menang-menang dengan kerajaan tanpa perlu menjual tanah.

Kita mahu bangunkan sama-sama dengan dana kerajaan,” – Ar Mohtar Rahmad , pemilik tanah.

Setiausaha Pertubuhan Pemilik Tanah & Waris Tanah Kampong Bharu (PPTWT) pula menganggap Khalid melakukan propaganda untuk tunjukkan seolah-olah majoriti pemilik tanah dan pewaris bersetuju untuk menjual tanah mereka.

“Pada saya itu hanya strategi, perang psiologi. Kalau 2,000 orang sudah balik masa townhall belum habis, orang sudah tidak berminat, bagaimana dia boleh kata 90% pemilik sini “setuju?

Kami mahu berjumpa dengan Khalid dari hati ke hati. Khalid tidak pernah berjumpa dengan kami sejak jadi menteri. Dia jumpa PKB sahaja. –  Zainudin Ismail, Setiausaha PPTWT,

Bernama melaporkan pada 2 Oktober bahawa 90 peratus penduduk serah borang setuju tawaran kerajaan untuk menjual tanah mereka.

Menurut laporan itu,  Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad berkata Perbadanan Pembangunan Kampong Baru (PKB) telah menerima kira-kira 700 hingga 800 borang daripada penduduk Kampung Baru berhubung pembangunan semula kawasan itu.

Tambahnya, daripada jumlah borang itu, kira-kira 90 peratus pemilik tanah bersetuju dengan tawaran RM850 bagi setiap satu kaki persegi oleh kerajaan.

“Setakat ini, kita dimaklumkan telah ada 700 hingga 800 borang yang dikembalikan kepada pihak PKB dan daripada jumlah itu, lebih 90 peratus setuju dengan tawaran yang dikemukakan kerajaan,” – Khalid Samad

 

Dua minggu lepas, sesi townhall menteri terbabit dengan pemilik tanah kampung Bharu bertukar kecoh kerana rata-rata pemilik tidak puas hati dengan nilai tawaran kerajaan untuk membeli tanah mereka. – Buletin TTKM-

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: