Elemen melayu dalam kerajaan PH tak sekuat kerajaan BN dulu, akui Tun

Dr Mahathir Mohamad mengakui elemen kemelayuan dalam kerajaan yang dipimpinnya hari ini tidak sekuat kerajaan BN sebelum ini.

Malaysiakini memetik Perdana Menteri sebagai berkata, kekuatan itu hilang apabila orang Melayu berpecah sesama sendiri bagi merebut kekuasaan dalam negara.

“Saya nak mengaku di sini bahawa kerajaan – walaupun dipimpin oleh orang Melayu – tidak sekuat kemelayuannya pada hari ini. Kalau dahulu kita boleh harap kerana kerajaan dipimpin oleh orang Melayu, memang kuat. Sekarang tidak kuat kerana mahu tidak mahu, kita kena ambil kira perasaan orang lain,”

– Tun Dr Mahathir

Beliau berkata demikian pada Kongres Maruah Melayu di Shah Alam, hari ini.

Mahathir berkata, jika tidak mengambil tahu perasaan pihak lain yang ada dalam kerajaan semasa, ia boleh menyebabkan pihak pemerintah mengalami kekalahan dalam pilihan raya.

Justeru, kata beliau, perpecahan orang Melayu yang terbahagi kepada enam kumpulan menyebabkan tiada ada satu pun kumpulan yang mampu menarik sokongan Melayu lebih 50 peratus.

Pilihan raya umum lalu menyaksikan BN – yang didominasi Umno – tumbang buat pertama kalinya selepas lebih 60 tahun berkuasa.

Kekalahan BN menyaksikan PH membentuk kerajaan dengan Mahathir – yang juga pengerusi Bersatu – menjadi ketuanya.

Bersatu memenangi 13 kerusi berbanding 11 kerusi oleh Amanah, PKR (47) dan DAP (42) dengan menggunakan logo PKR.

Sementara itu Mahathir berkata, perpecahan itu menyebabkan kumpulan Melayu terpaksa bergantung kepada kaum lain jika mahu mendapatkan kemenangan.

Kita sendiri lakukan perpecahan. Apabila ini berlaku kita menjadi kumpulan kecil dan berlawan sesama sendiri, maka kita terpaksa bergantung kepada orang lain untuk mendapatkan kemenangan.Kalau bergantung kepada orang lain, sedikit sebanyak kita terhutang budi kepada mereka,”

– Tun Dr Mahathir

Dr Mahathir melalui parti pimpinannya Bersatu, turut bekerjasama dengan parti DAP, seterunya sebelum ini selama puluhan tahun pada PRU lepas. Beliau sebelum itu turut berulang kali menyatakan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang sebagai seorang yang rasis – Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version