1. Saya ambil maklum tentang tersebarnya berita bahawa saya telah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang disiarkan di beberapa akhbar dalam talian.

2. Saya telah memohon untuk menjadi ahli PKR secara dalam talian untuk pertimbangan kepimpinan parti.  Saya serahkan kepada kepimpinan parti untuk mempertimbangan permohonan saya.

3. Saya memilih PKR  kerana parti ini mengamalkan politik berbilang kaum yang sesuai dengan pegangan dan pendirian politik saya dan juga suasana politik di Sabah. Seperti yang pernah saya jelaskan, saya dan sebilangan besar kepimpinan UMNO Sabah mengambil keputusan meninggalkan UMNO pada Disember 2018 demi memberi tumpuan kepada masa hadapan negeri Sabah.

3. Saya ingin membantu PKR dalam membawakan politik progresif berbilang kaum yang mengutamakan kestabilan dan kesederhanaan, terutamanya di negeri Sabah. Dalam kancah politik berteraskan kaum dan ekstrimis yang   boleh menggugat perpaduan serta kestabilan negara ketika ini, saya percaya PKR berada di landasan yang betul untuk menyelamatkan negara dari bencana ekstrimisme.

4. Sejak menyertai dunia politik hinggalah ke hari ini, saya kekal sebagai seorang moderate, progresif dan amat mendukung kestabilan. Saya percaya langkah yang saya ambil ini adalah langkah yang betul buat diri saya, dan saya percaya saya boleh menyumbang ke arah kestabilan dan kemakmuran Sabah khususnya, dan Malaysia amnya, menerusi penglibatan saya dalam PKR.


Artikel ini pertama kali disiarkan di laman blog Salleh Keruak di sini.  Ia adalah pandangan peribadi beliau dan tidak semestinya mewakili pendirian Buletin TTKM- Editor.