KUALA LUMPUR 8 Oktober: Kerajaan membelanjakan hampir RM21 juta untuk membiayai lawatan rasmi perdana menteri ke luar negara untuk 15 bulan di antara bulan jun 2018 sehingga bulan lepas, dewan rakyat diberitahu demikian semalam.
Menurut laporan Bernama, menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata perbelanjaan tersebut merangkumi 30 lawatan termasuk belanja pegawai kerajaan yang menemani perdana menteri pada lawatan yang diluluskan oleh kabinet itu.
“Perbelanjaan terperinci untuk lawatan rasmi ke luar negara oleh perdana menteri untuk jangkamasa dari Jun 2018 sehingga September 2019 adalah berjumlah RM20,964,289.24” – Datuk Liew Vui Keong
Liew berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan dari Datuk Dr noraini Ahmad (BN-Parit Sulong).
Jawapan bertulis itu dinaikkan di laman rasmi parlimen.
Sebagai perbandingan, bekas perdana menteri, Dato Seri Najib Razak membelanjakan secara purata RM8 juta setahun untuk lawatan rasminya ke luar negara.
Perkara ini didedahkan oleh ahli parlimen DAP, Nga Kor Ming pada 2013. Beliau ketika itu turut mempersoalkan apakah pencapaian yang diperoleh oleh Najib untuk lawatan tersebut.
“Saya ingin tanya kepada Perdana Menteri, apakah yang beliau berjaya capai untuk negara selepas berbelanja sebanyak itu?
“Apakah hasil daripada lawatan ke luar negara itu? Perdana Menteri perlu perjelaskan perkara ini,” – Nga Kor Ming
Walaubagaimanapun, setakat ini tiada komen dari Nga Kor Ming yang juga merupakan timbalan speaker dewan rakyat, terhadap perbelanjaan Tun Dr Mahathir sebanyak RM21 juta untuk lawatan ke luar negara itu .
Untuk rekod, hutang negara pada tahun 2013 di mana Najib membelanjakan RM8 juta setahun untuk lawatan ke luar negara adalah RM696 juta.
Manakala, hutang negara pada tahun 2019 di mana Tun Dr Mahathir membelanjakan RM21 juta itu adalah RM1 trillion ( angka oleh Lim Guan Eng) – Buletin TTKM-