#UninstallFoodPanda trending.

Media Sosial. 9 Oktober : Kempen membuang pemasanganan aplikasi Food Panda di telefon bimbit dengan tanda pagar #UninstallFoodPanda kini trending di media sosial, sebagai membantah maklum balas pengarah urusannya yang dikatakan bongkak.

Pengarah Urusan Food Panda, Sayantan Das dilaporkan kelmarin sebagai berkata syarikat tersebut OK dengan mogok yang dilakukan oleh para penghantar kerana ia tidak melanggar undang-undang.

“Jika awak (penghantar) tidak mahu kerja, tolong berikan atau tukar awak punya syif pada penghantar lain sebab awak menjejaskan kehidupan mereka,

“Mesej yang kami berikan adalah, jika awak tidak mahu kerja, kami OK sebab mogok tidak melanggar undang-undang” – Sayantan Das

Poster di laman troll TTKM dengan 500k pengikut yang  dinaikkan kelmarin setakat ini mencapai sehingga sejuta orang dengan 5800 perkongsian.

#UninstallFoodPanda Ini kuasa terakhir kita sebagai pengguna. Sebagai solidariti kepada rider, ayuh kita tekan kapitalis bongkak! Mari kita lihat sejauh mana dia boleh mendongak langit.” – laman facebook TTKM.

Di ruangan komen, netizen turut berkongsi tangkap layar  aplikasi tersebut dipadamkan dari telefon bimbit mereka.

Selain TTKM. laman facebook Oh!Media dengan 2.4 juta pengikut turut membantu menularkan kempen.

Sementara itu, The Star melaporkan Food Panda telah mengeluarkan kenyataan berhubung kempen memboikot syarikat mereka, dengan mendakwa sidang media mereka kelmarin telah diambil di luar konteks.

“Kami berasa kecewa melihat panggilan untuk memboikot Food Panda, selepas sebahagian daripada kenyataan kami dari taklimat sidang akhbar semalam diambil di luar konteks. Tujuan kami adalah untuk berkongsi bahagian cerita kami, dengan butir-butir mengenai skima baru itu kerana banyak maklumat yang salah.

Kami yakin bahawa skim pembayaran baru akan memberi manfaat kepada para pelanggan, rakan kongsi dan terutama penghantar kami.

Oleh itu, kami akan terus memantau pelaksanaan skim sebelum tindakan seterusnya.

Food Panda adalah ekosistem penghantar, rakan kongsi dan pelanggan – inilah tiang kekuatan kami. Kami benar-benar menghargai dan menghargai sokongan berterusan anda. ” – Food Panda.

 

Sejak beberapa minggu lepas, skim gaji baharu Food Panda tidak diterima oleh penghantar mereka kerana dikatakan memberikan pulangan lebih rendah dari skim yang lama. Mereka kemudian melakukan  mogok sebagai membantah tindakan majikan itu.

Firma seperti Foodpanda dan Grab beroperasi pada bahagian undang-undang yang samar kerana penghantar makanan mereka dikategorikan sebagai ‘rakan kongsi’ atau ‘freelancers’ dan bukannya pekerja, dan oleh itu mereka tidak mempunyai undang-undang perlindungan seperti yang diperoleh pekerja sepenuh masa.  -Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.