Tue. Oct 15th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

“Apa aset baru yang ditambah selain menjual?” soal Najib kepada Azmin

3 min read

Oleh : Najib Razak

Menteri Kalis Kamera CCTV jawab “Najib jual 84 aset dalam tempoh 10 tahun. Oleh itu, apa salahnya Khazanah jual aset?”.

Seolah-olah dia nak kata, “Najib pun pernah kahwin dua kali. Oleh itu apa salahnya jika saya ada kekasih di Sandakan?”.

Itulah. Konteksnya sangat berbeza.

Masa saya pengerusi Khazanah, kita jual aset untuk menambah pelaburan baru supaya nilai aset Khazanah terus berkembang.

Oleh itu, nilai aset bersih (selepas tolak hutang) naik hampir 3 1/2 kali ganda dari RM33 bilion menjadi RM116 bilion dan Khazanah tidak pernah mengalami satu tahun di mana mereka umum kerugian.

Ini bersamaan dengan kadar pulangan 15% setiap tahun.

Tetapi masa PH pula, nilai aset bersih Khazanah jatuh RM25 bilion dari RM116 bilion menjadi RM91 bilion.

Dia tahu beza tak?

Dia kata saya jual 84 aset dalam tempoh 9 tahun 4 bulan dari 2009 hingga awal tahun 2018 tetapi dia tak berani beri nilai berapakahnya jumlah nilai aset-aset ini.

Oleh itu, saya petik dari jawapan A Kadir Jasin yang kata saya jual 80 aset dalam tempoh 9 tahun aset dengan nilai RM45.3 bilion – atau purata nilai jualan RM5 bilion setiap tahun.

Yang PH jual 12 aset dalam masa setahun dengan nilai RM25.6 bilion itu apa cerita?

73252552_10156404606770952_8166755226716471296_n

Itupun belum masuk aset-aset yang dijual oleh anak syarikat Khazanah seperti UEM, Axiata dan sebagainya serta penjualan oleh GLC-GLC lain seperti Tabung Haji, FGV, PNB dan lain-lain.

Nak banding RM5 bilion setahun dengan RM25.6 bilion pada masa

Aset baru apa yang ditambah selain menjual?

Selepas itu, dia dengan amat bangga kata Khazanah rugi RM6.3 bilion itu adalah salah BN tetapi dia yakin Khazanah akan untung RM5 bilion.

Eh Menteri… Nilai aset Khazanah merosot RM25 bilion tahun lepas akibat pasaran saham Malaysia menjadi paling corot dalam dunia.

Ini tak menyumbang kepada kerugian Khazanah ke?

Lagipun, Khazanah sendiri pernah kata beberapa bahawa menjual aset baru-baru ini amat menguntungkan.

So, dia sangat berbangga kerana dia untung apabila jual aset yang dibina masa Najib ke?

Banyak cantik, dia kata. Rugi itu salah BN tapi untung itu kredit PH.

Lepas itu dia bagi lagi alasan baru bahawa jual aset adalah untuk membayar hutang Khazanah.

Kadar pulangan aset Khazanah adalah 15% setiap tahun.

Sebab apa kamu nak jual aset yang memberi pulangan 15% setiap tahun untuk bayar hutang pada kadar 4% setahun?

Dia faham ke?

Tetapi jawapan yang paling saya tak tahan ialah apabila dia mempertahankan keputusan kerajaan jual saham IHH Berhad kepada Jepun.

Dia kata masa itu harga pasaran saham IHH masa itu adalah RM5. Jepun tawar RM6.

Oleh itu, dia jual lah. Untung 20%!

Hello min.

Harga saham IHH Berhad pernah lebih dari RM6.70 sebelum PRU14.

Oleh kerana bursa saham menjadi pasaran saham paling corot dalam dunia, harga IHH Berhad turut turun juga.

Ianya memang amalan biasa apabila sesebuah syarikat nak beli block kepentingan saham yang besar dalam sesebuah syarikat, mereka akan membuat tawaran dengan harga lebih tinggi – ataupun takeover “premium”.

Kerana pembeli Jepun itu tahu orang PH tak berapa bijak, mereka pun mengambil kesempatan pada masa pasaran saham menjadi paling corot dalam dunia untuk tawar premium cuma 20% sahaja pada harga saham RM6.

Dan PH pun setuju dan syarikat Jepun itu menjadi pemilik saham terbesar dalam IHH Berhad yang kita bina dari tidak wujud pada tahun 2010 menjadi rangkaian hospital swasta kedua terbesar dalam dunia.

Harga pasaran saham selepas Khazanah jual pun memulih sedikit dan pernah naik sehingga RM5.95 dan hari ini masih ada pada harga RM5.67 – iaitu lebih tinggi dari harga RM5 yang Menteri itu sebut hari ini.

Kenapa pulak PH borong aset-aset negara begitu banyak pada masa pasaran saham adalah paling corot dalam dunia serta dalam keadaan ekonomi yang semakin merosot?

https://www.bharian.com.my/…/84-aset-khazanah-dilupuskan-an…


Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Buletin TTKm- Editor.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: