EXCO Melaka, adun DAP ditahan pagi ini

Gambar hiasan.

MELAKA: Polis menahan seorang EXCO kerajaan negeri pagi ini, dipercayai kerana terbabit dalam majlis memperingati upacara perjuangan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Berita Harian melaporkan penahanan EXCO daripada DAP itu disahkan Ketua Menteri, Adly Zahari pada sidang media mesyuarat EXCO, di Seri Negeri, di sini, sebentar tadi.

“Ada maklumat seorang EXCO ditahan polis Bukit Aman. Secara dasar. kerajaan negeri akan berurusan dengan pihak berkuasa bagi mendapatkan maklumat punca beliau ditahan.

“Saya yakin, EXCO berkenaan akan memberikan kerjasama bagi membantu siasatan,”  – Adly Zahari 

Bagaimanapun, Adly tidak dapat menjelaskan punca EXCO terbabit ditahan.

Sementara itu, sumber berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP berkenaan ditahan dan digari di pejabat beliau kira-kira jam 8.45 pagi tadi di Seri Negeri.

Berita lanjut menyusul – Buletin TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.