Tue. Oct 15th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Laporan WEF 2019: Kedudukan daya saing global Malaysia jatuh

1 min read

Putrajaya 10 Okt:  Malaysia jatuh dua anak tangga ke kedudukan ke-27 dalam  kalangan 141 negara dalam senarai Laporan Daya Saing Global (GCR) 2019 Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang dikeluarkan semalam dengan jumlah skor 74.6.

Berdasarkan laporan yang diterbitkan pada 9 Oktober lalu itu, tempat ke 25 yang diduduki Malaysia pada tahun 2018 kini diambil alih oleh negara Emiriah Arab Bersatu dengan 75 skor.

Sementara itu,  Singapura naik satu anak tangga menewaskan Amerika Syarikat dengan mengungguli carta pada kedudukan pertama dengan 84.8 skor .

 

WEF_TheGlobalCompetitivenessReport2019-15.jpg

 

Selain itu, dari segi kestabilan makroekonomi, Malaysia menduduki tempat ke-33,  ke-35 bagi infrastruktur, ke-33 untuk adaptasi ICT dan ke-30 untuk keupayaan innovasi.

WEF_TheGlobalCompetitivenessReport2019-382

Pada 2018, Malaysia naik satu anak tangga ke nombor 25 carta dan ia dilaporkan secara meluas di media utama negara. Walau bagaimanapun, tiada laporan setakat ini oleh media tersebut apabila Malaysia jatuh dua anak tangga kepada nombor 27 pada 2019.

Laporan penuh boleh dimuat turun di sini : https://www.weforum.org/reports/how-to-end-a-decade-of-lost-productivity-growth

– Buletin TTKM-

 

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: