Media Sosial 11 Okt : Komen bekas perdana menteri, Najib Razak kepada seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai pengumpul wang lama mendapat reaksi lucu dari netizen.
Wanita tersebut, Jessica Smith menulis di ruang komen laman facebook Najib Razak bertanyakan mengenai wang syiling atau kertas lama.
“Saya adalah pengumpul wang lama Malaysia, saya akan beli duit lama seperti syiling dan wang kertas, Adakah anda memiliki item tersebut untuk di jual?” – Jessica Smith
Najib Razak kemudian memberikan komen berikut:
“Maaf Jessica, semua wang kertas lama di dalam rumah saya yang berusia lebih 20 tahun, telah dirampas oleh kerajaan PH dimana mereka mendakwa ia adalah dari wang 1MDB walaupun 1MDB tidak wujud 20 tahun lepas” – Najib Razak.
Najib kemudian menyertakan pautan kepada artikel berita Awani mengenai hal tersebut.
Komen Najib itu dibalas dengan komen lucu netizen:
Muhammad Nazhim Ali Scam pon dato reply. Ok la tu. Dari piji the formula master. Block terus. Pastu gelarkan bodoh 1.2.3
Dean Deng Scammer pun bosku layan.. Hahaha
Randolph Peters Hahahahahaha lucky i dont have old money coz they will confiscate also if i reply this message…..they will say i receive from 1MDB…..hahahahahaha
Abu Irfan Mohd Amin Jessica Smith beside old coins..would you be interested in buying our 94 yrs old prime minister.. condition 2/10.. i can give you good offerr free with the whole cabinet ministers.pm if interested.
SeNs BaHa Najib Razak hahaha pening scammer ni
Selepas tewas pada pilihanraya ke 14 yang lalu, Najib Razak aktif di laman facebooknya dan kerap melakukan hantaran kritikan berbentuk trolling terhadap kerajaan.
“Hari ini kita tak perlu nak cipta fitnah. Kita tak perlu buka kilang fitnah, kita cuma cakap dengan fakta sahaja, dengan angka sahaja.Sebab itulah saya hari ini sudah dinobat sebagai king of troll” – Najib Razak.
Laman facebook beliau kini mempunyai 3.9 juta pengikut- Buletin TTKM-